Home » » Diperkosa selepas pertemuan kedua

Diperkosa selepas pertemuan kedua

Written By kall on Tuesday 27 May 2014 | 21:49


Pilihan Anda

Diperkosa selepas pertemuan kedua

GARA-GARA terlalu percayakan lelaki yang dikenalinya selama dua minggu menerusi akaun Facebook, seorang remaja perempuan berusia 13 tahun telah dirogol pada pertemuan kedua mereka, semalam.

Kejadian berlaku selepas kedua-dua bertemu untuk makan tengah hari di sebuah bangunan berhampiran Jalan Singapura, Sandakan, memetik laporan The Star.

Lelaki berusia 18 tahun itu dikatakan telah merayu untuk mengadakan hubungan seks dengan remaja itu sejak pertemuan pertama mereka, namun ditolak.

Namun, selepas melihat ‘kegigihan’nya, dia akhirnya mengalah.

Kejadian tersebut bagaimanapun terbongkar selepas ibu remaja itu memaksanya berterus-terang selepas dia pulang lewat dari sekolah pada hari itu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Supt Fadzil Mohd Ali, satu laporan polis telah dibuat dan mangsa dibawa ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan.
MYNEWSHUB.MYdisableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page


0 comments: