Home » » Lagi pengguna media sosial hina kemangkatan Sultan Perak

Lagi pengguna media sosial hina kemangkatan Sultan Perak

Written By kall on Thursday 29 May 2014 | 14:32


Pilihan Anda

Lagi pengguna media sosial hina kemangkatan Sultan Perak

Seorang penguna akaun media sosial yang dikenali sebagai “Vladimiro Montesinos” dikesan memuatnaik status yang menghina Almarhum Sultan Perak yang mangkat tengahari tadi.

Tindakan tidak bertanggungjawab dan provokasi ini dilihat seperti sengaja dilakukan untuk mengundang kemarahan pengguna media sosial yang lain.

Beberapa komen daripada pengguna media sosial lain turut mengutuk tindakan tidak bertamadun pemegang akaun media sosial ini dan ada yang mencabar supaya pemegang akaun ini meletakan muka sebenar didalam profil gambar akaun media sosial tersebut.

Sebelum itu, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada jam 1.30 tengah hari Rabu dan akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar, Khamis.Pengumuman itu dibuat Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Baginda yang telah memerintah Perak selama tiga dekad sejak ditabalkan pada 3 Februari 1984, akan disemayamkan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk penghormatan terakhir.
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page


0 comments: