Home » » Misteri Kaitan Ikan Emas Dan Pondok Telefon Di Osaka Terjawab

Misteri Kaitan Ikan Emas Dan Pondok Telefon Di Osaka Terjawab

Written By kall on Saturday 24 May 2014 | 08:36


Akak Dibalik Pintu

Misteri Kaitan Ikan Emas Dan Pondok Telefon Di Osaka Terjawab

Ikan mas adalah salah satu ikon simbolik dalam budaya Jepun. Saat festival musim panas misalnya, ikan ini banyak dijumpai dan dipercayai sebagai simbol kemenangan dan kebahagiaan.

Yang mengejutkan, pada tahun 2011, secara misteri muncul kotak telefon berisi ikan mas di daerah Osaka.

                               
innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "42072"; innity_width = "300"; innity_height = "250"; innity_country = "MY";
Ternyata, sebuah kumpulan bernama Kingyobu atau Goldfish Club mencipta semula sebuah karya seni urban dengan mengubah suatu benda berfungsi menjadi objek seni, dalam hal ini adalah kotak telefon yang sudah usang atau tidak terpakai.

 Masyarakat sekarang dapat berjalan melintasi taman dan mencari kotak telefon yang mengandungi gelembung udara dan ikan mas hidup!

                                               
Langkah pertama Kingyobu dalam membuat pemasangan ini adalah membuat bahagian dalam kotak telefon menjadi kalis air, kedap rapat-rapat celah pada pintu dan tepian kotak.

Kerusi dan telefon awam yang ada dalam kotak telefon dibiarkan begitu saja, mewujudkan diorama akuarium yang biasa kita lihat di rumah. Selepas kotak telefon diisi air menggunakan hos, akan terlihat gagang telefon terapung di air.

Setelah air dan penapis dipasang, puluhan ikan mas akan dimasukkan. Pada malam hari, tangki ikan mas ini akan bercahaya menerangi bahagian bandar tempat mereka diletakkan. Penapis akan menjaga tangki tetap bersih, sedangkan bahagian atas tangki akan boleh dibuka sehingga ikan-ikan itu boleh diberi makan.


innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "43604"; innity_width = "468"; innity_height = "60"; innity_country = "MY";


0 comments: