Home » » Sharifah Aini kini lemah, terlantar di hospital

Sharifah Aini kini lemah, terlantar di hospital

Written By kall on Friday 23 May 2014 | 12:18


Pilihan Anda

Sharifah Aini kini lemah, terlantar di hospital

PENYANYI lagenda, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar, 61, kini dilaporkan terlantar di sebuah hospital swasta di ibu negara disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru.

Bagaimanapun keadaannya dilaporkan stabil. Penyanyi bersuara lunak ini sebelum ini dijangkiti virus Influenza A (H1N1), lima bulan yang lalu.

Menurut portal hiburan, walaupun keadaan Sharifah Aini stabil, namun dia belum bersedia untuk menerima pelawat disebabkan daya tahan tubuhnya yang agak lemah.

"Setiap daripada kita tidak tahu bila akan dijemput oleh-Nya. Jika ditakdirkan ALLAH, tiba masanya untuk saya pulang ke rahmatullah dan keluar daripada hospital sebagai jenazah, dengan hati yang damai dan tenang saya reda apa yang telah ditetapkan.

"Hanya satu saya pinta, doakan saya berakhir dalam khusnul khotimah (mati dalam keadaan yang baik). Di kesempatan ini juga, saya ingin memberitahu pada semua bahawa saya amat menyayangi dan menghargai kasih sayang serta doa daripada anda semua," katanya yang dipetik melalui laman sosialnya.

Sama-sama kita mendoakan agar Sharifah Aini cepat sembuh.
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page


0 comments: