Home » » Mesej lucah Iqram Dinzly, Soo Winci pula buat pengakuan

Mesej lucah Iqram Dinzly, Soo Winci pula buat pengakuan

Written By kall on Tuesday 27 May 2014 | 12:45


Pilihan Anda

Mesej lucah Iqram Dinzly, Soo Winci pula buat pengakuan


Kasihan juga menjadi Iqram Dinzly. Kalau dulu dikaitkan dengan selebriti wanita seperti Fouziah Gous dan Soo Wincci, kini Iqram didakwa menjalinkan hubungan songsang dengan seorang pelajar di UK. Malah lebih teruk lagi, Iqram juga didakwa menghabiskan masa di sebuah kelab gay ketika menjalani penggambaran di London. Lebih teruk, mesej-mesej berbaur hubungan songsang antara Iqram dan pelajar tersebut telah tersebar luas dan menyebabkan orang ramai mempersoalkan orientasi seksual pelakon ini.
Memang agak menggelikan juga sekiranya mesej-mesej yang dihantar oleh mereka berdua ini benar-benar dimaksudkan sedemikian rupa. Namun hari ini menerusi akaun Instagramnya, Soo Wincci telah tampil menjelaskan yang mesej-mesej berbaur hubungan songsang ini adalah “dare” atau cabaran daripada dirinya buat Iqram dan pelajar tersebut. Fuh~~ Cabaran macam ini pun ada jugak.
Malah Iqram juga menerusi Mstar Online membuat penerangannya sendiri dan melahirkan rasa kecewa dengan tuduhan sebegini. Kata Iqram:-

Mungkin ada pihak yang mahu sabotaj saya. Kenapa orang nak kaitkan saya dengan hubungan songsang hanya kerana melihat saya bergambar dengan lelaki. Salah ke saya nak bergambar dengan kawan saya sendiri?

Bagaimanapun saya mengakui ada berkunjung ke sebuah kelab malam di London tetapi bukan berfoya-foya, sebaliknya sekadar mahu melihat suasananya sahaja.

Apa yang saya tak faham, kawan dengan perempuan salah, dengan lelaki salah. Habis saya nak berkawan dengan siapa? Berkenaan mesej Whatsapp itu, saya pun tak pasti itu mesej saya atau tidak. Tetapi kalau dengan rakan-rakan lelaki saya memang suka bercakap kasar.

Rasa lucu pula bila isu ini berbangkit lagi. Sebelum ini bila rapat dengan Soo Wincci, saya dikatakan cuba mengurat dia, sekarang cerita lain pula. Apa-apapun, yang penting keluarga faham siapa saya yang sebenar
Senang je nak selesaikan masalah sebegini. Iqram Dinzly kena cepat-cepat kahwin dan buktikan bahawa dirinya adalah lelaki normal. Lain kali di masa hadapan, janganlah buat “dare” sebegini lagi. Kalau yang tak masuk akal dan boleh merosakkan masa depan sendiri, baik fikir 2,3 kali sebelum buat. Tak pasal-pasal timbul kontroversi sebegini. Semoga ia jadi pengajaran buat Iqram.

Beautiful Nara
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page