Home » » Yuna Perjelas Isu Pakai Baju Nampak Pusat

Yuna Perjelas Isu Pakai Baju Nampak Pusat

Written By kall on Friday 30 May 2014 | 14:27


Pilihan Anda

Yuna Perjelas Isu Pakai Baju Nampak Pusat

Jauh berada di AS bukan bermakna dirinya terlepas daripada pandangan khalayak di Malaysia terutama apabila ia melibatkan laman sosial.

Terkini, dua keping gambar penyanyi dan komposer Yuna dengan penampilannya yang disifatkan sebagai kurang sesuai dengan imejnya yang berhijab menjadi perdebatan di laman Facebook rasmi miliknya.

Gambar yang dimuat naik oleh penyanyi itu sendiri kemudiannya telah dikeluarkan selepas ia menjadi hangat.

Bercakap kepadaa Kosmo!, Yuna berkata, ada dua perkara yang perlu diperjelaskan mengenai gambar tersebut. Pertama, tentang tindakannya menarik semula gambar itu.

"Secara peribadi, saya menarik semula gambar tersebut bukan kerana tersinggung dengan banyak tohmahan tetapi saya tidak mahu dua pihak terus bertelagah mengenai isu gaun tersebut.

"Malah saya juga tidak mahu orang luar melihat orang Malaysia bergaduh dan bertahan dengan pendapat masing-masing hanya kerana isu sebegini.

"Jadi, saya fikir lebih mudah sekiranya gambar itu dibuang dan perbalahan tidak berlanjutan," ujarnya yang mengaku menutup laman sosial Instagram miliknya dahulu kerana isu perbalahan seperti ini.
 Kedua, tentang kekesalannya terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang telah melakukan proses editing di atas gambar tersebut.

Jelas Yuna, gambar tersebut yang disiarkan di dalam beberapa blog telah melalui proses editing sehingga menyaksikan bahagian pusatnya.

"Gambar tersebut diambil untuk satu sesi fotografi di sana. Apa yang saya kesalkan, gambar yang tersebar di beberapa blog telah melalui proses editing sehingga menampakkan pusat saya apabila baju pada bahagian dalam dinipiskan," ujarnya kesal.

Tambah Yuna, sebagai wanita yang telah matang, dia faham benar tentang batasan kehidupan yang selalu dipegang olehnya selama ini.

Sudah berusia 28 tahun, katanya lagi, dia kini cukup selesa dan memahami kehendak diri sendiri.

"Saya anggap semua perkara seperti ini (dinilai orang) sebagai lumrah kehidupan. Saya sudah belajar menelannya sejak dulu lagi.

"Sebagai seorang manusia yang tidak sempurna, saya menerima dengan hati yang terbuka tentang teguran sekiranya saya melakukan kesalahan. secara jujurnya, buat masa ini, saya selesa dengan diri saya," ujarnya.

sumber : Kosmo!
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
new innity_adZone("c5b270a763686e776039618cc709f3a6", "45838", {"origin": "MY", "width": "300", "height": "250"});