Home » » Penghormatan Terakhir Almarhum Sultan Azlan Shah Bermula 9 Pagi

Penghormatan Terakhir Almarhum Sultan Azlan Shah Bermula 9 Pagi

Written By kall on Thursday 29 May 2014 | 07:26


Pilihan Anda

Penghormatan Terakhir Almarhum Sultan Azlan Shah Bermula 9 Pagi

Persiapan istiadat pemakaman giat dijalankan di Makam Diraja yang terletak bersebelahan Masjid Ubbudiah di Kuala Kangsar, malam Rabu. 
Jenazah Almarhum Sultan Perak Sultan Azlan Shah akan dimakamkan selepas solat Asar, Khamis. -fotoBERNAMA
KUALA KANGSAR: Orang awam dijadual memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah bermula pukul 9 pagi hingga 11.30 pagi di Balairong Seri, Istana Iskandariah, Bukit Chandan di sini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak malam Rabu, kumpulan kedua yang akan memberi penghormatan terakhir pada pukul 11.45 pagi hingga 1.15 tengah hari adalah orang kenamaan, menteri, timbalan menteri, menteri besar, ketua menteri dan perwakilan asing.

Ia disusuli Raja-raja Melayu, Yang Dipertua Negeri, Ketua Negara dan Ketua Kerajaan pada 1.30 petang hingga 2.15 petang.

Istiadat pelantikan dan pengisytiharan raja baharu akan disempurnakan pada 2.30 petang di balai sama sebelum diteruskan dengan istiadat pemakaman di Makam Diraja yang terletak bersebelahan Masjid Ubudiah di sini, pada 3 petang.

Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 tengah hari ini dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar esok.

Baginda yang telah memerintah Perak selama tiga dekad sejak ditabalkan pada 3 Feb 1984, akan disemayamkan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk penghormatan terakhir.
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page


0 comments: