Home » » Isu kain belah: 'Suami beri kebebasan pada saya' - Zila Bakarin

Isu kain belah: 'Suami beri kebebasan pada saya' - Zila Bakarin

Written By kall on Wednesday 28 May 2014 | 13:43


Pilihan Anda

Isu kain belah: 'Suami beri kebebasan pada saya' - Zila Bakarin

RASANYA dalam ramai-ramai artis yang bergaya sakan sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) pada Sabtu lalu, nama Zila Bakarin mungkin antara yang paling hangat diperkatakan.

Apa tidaknya, busana rekaan Syafiq Aiman yang dipakainya boleh dikatakan cukup seksi sehingga menampakkan sebahagian besar pehanya.

Bagaimanapun, menerusi Harian Metro, Zila punya jawapannya yang tersendiri.

Menurutnya, busana tersebut diinspirasikan daripada gaya bintang Hollywood seperti Jennifer Lopez dan belahan tersebut dibuat bagi menyenangkannya berjalan ke pentas.

“Apabila busana itu siap saya juga menggayakannya depan suami dan anggota keluarga lain pada sesi ‘fitting’. Suami pula beri kebebasan kepada saya untuk menggayakan busana berkenaan kerana ia tidak nampak keterlaluan.

“Pada mulanya, busana itu lebih seksi dan terbelah hingga ke perut tetapi saya meminta pereka baju untuk ubah suai semula kerana adik saya beritahu ia terlalu menjolok mata.

“Sebagai artis, saya pun ada cara tersendiri untuk menghormati tragedi MH370. Memang ada wakil daripada penganjur yang meminta saya menutup bahu dengan selendang hitam ketika di belakang pentas tetapi saya menolaknya kerana tidak sesuai untuk penampilan.

“Saya cuma menutup dada dengan mengenakan aksesori di leher pada malam itu. Saya tetap pertahankan busana yang digayakan kerana ia majlis ABPBH yang penuh glamor. Saya adalah golongan selebriti,” katanya.

Hmm, kalau sudah suami Zila sendiri bersetuju dengan pilihan isterinya, siapa pula kita sebagai orang luar untuk bercakap berlebih-lebihan.

Cukuplah sekadar menegurnya dengan baik, selebihnya kita serahkan pada tuan empunya diri untuk menilai setiap teguran itu sama ada secara positif atau tidak…
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page