Home » » Pelakon wanita cium pengarah cemar kesucian Islam

Pelakon wanita cium pengarah cemar kesucian Islam

Written By kall on Saturday 24 May 2014 | 07:25


Pilihan Anda

Pelakon wanita cium pengarah cemar kesucian Islam

TEHRAN: Pelakon wanita Iran, Leila Hatami menimbulkan kemarahan pihak berkuasa negaranya minggu lalu, selepas kemunculan gambar beliau sedang mencium pipi pengarah Pesta Filem Cannes, GIles Jacob.

Tindakan beliau dianggap mencemarkan “kesucian” Islam.

“Mereka yang menghadiri acara antarabangsa dikehendaki mematuhi kredibiliti dan kesucian warga Iran supaya imej buruk wanita negara ini tidak ditampilkan kepada dunia,” kata Timbalan Menteri Kebudayaan, Hossien Noushabadi yang dipetik penyiar kerajaan IRIB.
“Wanita Iran adalah simbol kesucian dan luhur. Kehadiran beliau pada pesta itu kurang sesuai dan bertentangan dengan kepercayaan kami,” katanya.

Dilahirkan dalam keluarga dengan latar belakang lakon layar, Hatami meraih populariti antarabangsa berikutan peranannya dalam filem Asghar Farhadi “Satu Perpisahan” yang memenangi Anugerah Akademi 2012 bagi kategori Filem Bahasa Asing Terbaik.

Tahun ini beliau bertindak sebagai juri di pesta filem tahunan Cannes di selatan Perancis tetapi menetap di Iran.

Menurut tafsiran undang-undang Iran yang digunakan sejak revolusi 1979, seorang perempuan tidak dibenarkan mempunyai hubungan fizikal dengan lelaki di luar lingkungan keluarganya. - AGENSI
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page


0 comments: