Home » » Jangan Putus Asa Seperti Lelaki Ini..Lihat Apa Yang Dia Telah Lakukan

Jangan Putus Asa Seperti Lelaki Ini..Lihat Apa Yang Dia Telah Lakukan

Written By kall on Tuesday 6 May 2014 | 22:39


Akak Dibalik Pintu

Jangan Putus Asa Seperti Lelaki Ini..Lihat Apa Yang Dia Telah Lakukan

                                   
Namsheed Muringolihas tidak akan berputus asa dan akan berusaha sehingga berjaya dalam ujian memandu.

Seorang lelaki warga India terpaksa bersusah-payah selama empat tahun untuk memperoleh lesen memandu di Emiriah Arab Bersatu.

Kini, dia bercadang untuk menerbitkan filem mengenai kesusahan yang dihadapinya itu.

Selepas menghabiskan hampir Dh40,000 (RM35,747) untuk mengambil ujian memandu sebanyak 27 kali, termasuk terpaksa menangguhkan perkahwinannya, Namsheed Muringolihas akhirnya berjaya mendapatkan lesen memandu pada 18 Februari lalu.

Namsheed, 28, berkata, dia bertukar jurulatih sebanyak 13 kali dan pernah tidak menghadiri upacara pengebumian ahli keluarganya sepanjang tempoh empat tahun itu.

“Saya tidak pernah berputus asa. Selepas setiap kali gagal, saya kumpulkan wang untuk menjalani ujian berikutnya,” katanya.


innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "42072"; innity_width = "300"; innity_height = "250"; innity_country = "MY";

Namsheed memberitahu dia tidak dapat bercakap dan menggeletar seluruh tubuh setiap kali menjalani ujian memandu.

“Malah, pada 18 Februari lalu, ketika saya mengambil ujian memandu buat kali ke-27, bapa tunang saya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di India.

Tumpuan saya terganggu, tetapi saya berjaya lulus.

“Saya bertunang dengan Shabeena pada Ogos 2012. Tetapi perkahwinan kami terpaksa ditunda kerana saya mahu mendapatkan lesen memandu terlebih dulu.

Kini, saya boleh pulang dan berkahwin dengan senang hati,” katanya.
Namsheed yang berasal dari Kasargode, Kerala sebelum ini berniat untuk mendermakan sejumlah wang jika berjaya lulus ujian memandu.

“Sebelum ini, apabila gagal dalam bidang muzik dan filem, kawan-kawan mengejek saya. “Bila percubaan saya untuk mendapatkan lesen memandu juga mengambil masa yang lama, saya sekali lagi menjadi bahan gurauan.

P/s...hehehe...satu suntikan semangat buat saya,saya pun sedang belajar memandu gak ni..asyik la tak lepas bukit...sampai cikgu ugut nak ketuk kaki saya ngan batu sebab dia kata kaki kiri saya keras sangat...huhu....


innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "43604"; innity_width = "468"; innity_height = "60"; innity_country = "MY";


0 comments: