Home » » Makcik Malukan Dyana Di Teluk Intan

Makcik Malukan Dyana Di Teluk Intan

Written By kall on Tuesday, 27 May 2014 | 17:46


Akak Dibalik Pintu

Makcik Malukan Dyana Di Teluk Intan

                             
Teluk Intan – Tindakan calon DAP, Dyana Sofea Mohd Daud yang cuba memaksa pengundi untuk bergambar dengannya terpaksa menanggung malu, apabila mereka enggan dan menolak perlawaan tersebut.

Kejadian yang berlaku di ketika program ‘walkabout’ yang diadakan parti itu pada pukul 10.00 pagi semalam, turut disaksikan oleh sebilangan petugas media yang hadir membuat liputan program yang diadakan pada sebelah pagi itu.

Dalam kejadian yang memalukan itu Dyana bersama rombongannya yang turut diiringi oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang berulang kali mempelawa seorang wanita Melayu yang merupakan pekerja di salah sebuah kedai agar bergambar dengannya.

innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "42072"; innity_width = "300"; innity_height = "250"; innity_country = "MY";
“Marilah bergambar dengan saya” ujarnya kepada wanita yang juga merupakan pekerja kedai di Menara Condong, Teluk Intan.

Menurut petugas media yang hadir membuat liputan, ketika kejadian tersebut calon DAP itu seolah-olah cuba memaksa mereka yang ditemuinya untuk bergambar bagi menunjukkan kononnya dia seorang calon yang mesra.

“Mai laa bergambar dengan saya” ujar Dyana berkali-kali sebelum terpaksa berlalu pergi dengan perasaan malu.

Salah seorang petugas media yang ditemui turut mengatakan, tindakan Dyana itu benar-benar memalukan dan dilihat seperti orang yang terdesak.

“Kelakar pun ada, Dyana nampak macam orang yang sedang terdesak sangat.

“Berkali-kali dia ajak makcik itu untuk bergambar dengannya, tapi makcik tetap tolak” katanya.

innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "43604"; innity_width = "468"; innity_height = "60"; innity_country = "MY";