Home » » Foto Dyana dan ibunya 'layan' lelaki Melayu tersebar

Foto Dyana dan ibunya 'layan' lelaki Melayu tersebar

Written By kall on Sunday 25 May 2014 | 16:36


Pilihan Anda

Foto Dyana dan ibunya 'layan' lelaki Melayu tersebar

Ikuti penafian oleh calon DAP mengenai pembabitan ibu beliau dalam Pribumi Perkasa yang menjadi seteru DAP dari segi ideologi dan dasar perjuangan.

Mengapa harus beliau menipu?

 Bukan kah lebih baik beliau akui sahaja pembabitan dalam Perkasa bersama ibu beliau yang berlaku enam tahun yang lalu dengan alasan ketika itu beliau masih menuntut dan belum membuat pilihan wadah perjuangan politik ..

Mengapa beliau memilih untuk berbohong ?

Lupakah beliau bahawa beliau bertanding untuk menjadi wakil rakyat bukan nya bertanding untuk menjadi juara lagu atau artis popular. Saya yang telah mengikuti kempen calon Melayu DAP ini dari hari penamaan calon, berasa amat malu dan tertipu dengan penipuan bersahaja yang beliau lakukan..

Telah ditakdirkan saya juga yang telah merakam gambar di majlis Perkasa pada 21/10/2008 itu.
Saya telah menghubungi Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan dan beliau telah mengesahkan bahawa ibu calon DAP adalah Ketua Wanita Perkasa yang pertama dan telah merujuk saya kepada liputan yang telah saya buat di SINI

Beliau telah mengirimkan e-mail yang isi kandungan nya seperti berikut :

Majlis pelancaran laman web Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) oleh Jeneral (B) Tun Ibrahim Ismail

Tempat : Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur
Masa : 4.00 petang
Tarikh : 21 Oktober 2008


PERKASA adalah sebuah pertu buhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar.Matlamat utamanya adalah memperkasa dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, terutama nya Fasal 152 dan Fasal 153.

Secara khususnya, tujuan dan perjuangan PERKASA ada lah bermatlamat;

Memperkasakan Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan.
Memperkasakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Memperkasakan Kedaulatan Raja-Raja Melayu.
Mempertahankan hak-hak keistimewaan Orang Melayu dan Bumiputera.
Memperkasakan kaum Pribumi.
Menyatupadukan kaum Pribumi dan perpaduan rakyat Malaysia.
Mempertahankan kedaulatan negara.


AHLI JAWATANKUASA PENAJA PERKASA

Presiden : Dato’ Ibrahim Ali
Timbalan Presiden : Dato’ Fuad Hassan
Naib Presiden : Dato’ Yahya Lampong
Naib Presiden : Datuk Hj. Shuaib Hj. Lazim
Naib Presiden : Dato’ Mokhtar Samad
Setiausaha Agung : Syed Hassan Syed Ali
Pen. Setiausaha Agung : Muhammad Afiq bin Aziz
Bendahari : Datuk Abd. Rahman A. Bakar
Ketua Penerangan : Datuk Ruhainie Ahmad

AhliJawatankuasa

Dato’ Zakaria Salleh
Salahuddin Hisahm
Mohd. Rozal Abd. Rahman
Mohd. Radzi Mustafa
Hjh Foziah Dato Nawawi
Raizul Azmi Zulkeply
HajahYam@Yammy Abdul Samat
Yusof Merah
Ahmad Jaddawi Ghazali
Selamat Saimon Daud Ibrahim
Raizul Azni Zolkepli
Wan Ahmad Talib
Kpt. Don Abdullah
HanishaIzaireen
Megat Zulkarnain Omar Din
Jismi Azahar iJohari

Check-mate.
PuanYammi bersama anaknya Dyana melayani hadirin yang ingin menjadi ahli Perkasa sebelum majlis Pelancaran Laman Web Rasmi Perkasa pada 21hb.Okt 2008 kira-kira sebulan Perkasa disahkan penubuhannya oleh ROS iaitu 12hb. Sept 2008.

Yammy adalah antara pimpinan terawal penubuhan Perkasa. Beliau dalam Barisan Pimpinan Penaja Perkasa sehingga sebelum AGM Pertama Mac 2010, beliau meletakan jawatan sebagai Ketua Wiranita Perkasa Pertama.

Tiada rekod beliau menarik diri dari menjadi ahli Perkasa.

Sumber: Minaq Jinggo


disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page