Home » » Siri 'Oh My English' siar mesej lucah ditegur

Siri 'Oh My English' siar mesej lucah ditegur

Written By kall on Tuesday 20 May 2014 | 13:49


Pilihan Anda

Siri 'Oh My English' siar mesej lucah ditegur

Zain Saidin (kiri) sebagai Mr. Henry Middleton dan Akhmal Rizal memegang watak Jibam dalam Oh My English musim ke tiga.
PETALING JAYA: Stesen penyiaran Astro diminta memberi penjelasan apabila pihaknya gagal menapis mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) berbau lucah yang dikeluarkan menerusi rancangan Oh My English musim ketiga.

Seorang ibu yang menghubungi mStar Online pada Selasa melahirkan rasa kecewa apabila kata-kata lucah itu disiarkan menerusi rancangan berkenaan yang seterusnya dapat memberi kesan buruk kepada penonton khususnya kanak-kanak.

“Saya terkilan kerana Astro gagal menapis SMS lucah sehingga anak saya bertanyakan mengenai perkara berkenaan ketika menonton rancangan itu baru-baru ini,” kata suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Fatimah.

Suri rumah dari Johor Baharu itu mengadu mengenai kecuaian pihak Astro menerusi saluran TVIQ (610) kerana gagal menapis kata-kata lucah pengirim SMS yang ditujukan kepada seorang pelakon rancangan berkenaan yang memegang watak Jibam.

Mesej lucah berkenaan berkaitan alat sulit.

mStar Online turut menerima cetakan skrin mesej berkenaan sebagai bukti.

Dalam pada itu pihak Astro yang dihubungi mStar Online pada Selasa turut menyedari perkara itu dan akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi secepat mungkin.

Oh My English musim ketiga disiarkan menerusi TVIQ pada setiap hari Ahad pukul 9 malam dan diulang siar beberapa kali menerusi saluran itu.

mStar
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page


0 comments: