Home » » Shira alami pendarahan di kepala akibat terjatuh

Shira alami pendarahan di kepala akibat terjatuh

Written By kall on Tuesday 20 May 2014 | 14:37


Pilihan Anda

Shira alami pendarahan di kepala akibat terjatuh

Pelakon juga penyampai radio Ultra.FM, Sharifah Shahira atau lebih mesra disapa dengan panggilan Shira mengalami pendarahan di bahagian belakang kepala akibat terjatuh sewaktu menjayakan sebuah penggambaran game show.

Kejadian tersebut berlaku semalam sewaktu penggambaran diadakan di sekitar kawasan tempat kerjanya.

Menurut Shira, sewaktu kejadian dia yang sedang yang berlari mahu mengelak sebuah kereta. Tiba-tiba dirinya hilang kawalan dan terus terjatuh.

"Saya jalani penggambaran satu program game show. Pada waktu tu memerlukan saya berlari. Entah macam mana saya nak elak kereta, dalam sekelip mata saya jatuh terletang. Saya tak ingat sangat apa yang berlaku.

"Semasa jatuh tu saya masih sedar lagi. Tapi dalam masa beberapa minit tu saya terus tak ingat apa-apa. Sampai di hospital baru saya dapat ingat sikit-sikit apa yang berlaku sebelum itu", kata Shira kepada Malaysian Digest.com ketika dihubungi sebentar tadi.
Kakak kepada pelakon Sharifah Sakinah ini berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan dirinya selepas ditimpa malang tersebut.

Semalam, Shira menerusi laman Instagram miliknya ada memuat naik dua keping gambar yang menunjukkan kepala dalam keadaan berbalut.

Pada kasyen salah satu gambar tersebut Shira menulis, ini merupakan pengalaman pertamanya mendapat kecederaan di kepala.

Shira mendapat rawatan di hospital KPJ Tawakal dan doktor memberikannya cuti (MC) selama lima hari.

Beritahu Shira kepada mD, kesan daripada kecederaan yang dialaminya itu, dia mengalami pendarahan berterusan. Walaubagaimanapun, dia tidak mendapat sebarang jahitan. Sebaliknya doktor hanya membalut luka di kepalanya.

"Sekarang pun masih bleeding lagi. Doktor tak jahit luka tu, dia cuma balut saja dan biarkan pendarahan tersebut berhenti sendiri. Saya pun dah jalani pemeriksaan X-ray, dan doktor beritahu setakat ini tiada apa-apa yang serius. Cuma kalau keadaan masih tidak berubah (masih terus bleeding), doktor suruh saya datang semula ke hospital", katanya yang kini hanya berehat di rumah.

Meskipun dalam keadaan sakit, ibu kepada empat cahaya mata ini masih tetap memikirkan hal-hal kerjanya.Namun, mahu tidak mahu dia terpaksa mengikut nasihat doktor.

"Doktor tak bagi saya cuci rambut selama empat hari. Saya kata pada doktor, saya kena cuci rambut sebab esok saya ada show dan ada banyak kerja saya perlu laksanakan. Tapi doktor tetap cakap tak boleh.

"Itulah yang saya sedang fikirkan ni macam mana nak buat dengan beberapa hal yang saya perlu laksanakan dalam beberapa hari ini. Dah doktor suruh MC kan... nak buat macam mana.

"Tapi inilah akibatnya kalau main game show pada waktu maghrib...", tuturnya dengan nada sedikit kesal namun turut terdengar tawa kecilnya dari corong telefon sebelum mengakhiri perbualan.

-Malaysian Digest
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page