Home » » Selepas 'teletubbies' ketat, Rebecca muncul lebih seksi bertudung?

Selepas 'teletubbies' ketat, Rebecca muncul lebih seksi bertudung?

Written By kall on Monday 5 May 2014 | 10:27


Pilihan Anda

Selepas 'teletubbies' ketat, Rebecca muncul lebih seksi bertudung?

Fesyen 'teletubbies' yang menjadi kecaman peminat minggu lepas
MINGGU lepas pelakon Rebecca Nur Islam jadi bualan ramai apabila gambarnya memakai baju merah melekat di tubuh ala Te­letubbies ketika menghadiri majlis ulang tahun seorang rakan dipaparkan di laman sosial Instagram.

Cik Pang ingatkan pelakon ini belajar dari kesilapannya dan akan lebih berhati-hati dengan pakaiannya sesuai imej barunya berhijab.

Rebecca dalam kenyataan diberikan sebelum ini sudah pun memohon maaf dan mengakui kesilapannya dalam bergaya. Ternyata pelakon ini memang tidak serik. Ibaratnya, cakap tidak serupa bikin.

Terperanjat tengok rakaman video Instagram seorang kenalan Rebecca paparkan aksinya meraikan ulang tahun hari lahir teman mereka. Tak sangka dan tak serik-serik rupanya.

Menerusi laman sosial, ramai pihak bising dan menegur apabila pakaian digayakan Rebecca kelihatan seperti tidak berbaju walaupun lengkap bertudung.

Seharusnya orang bertudung menjaga pakaian digayakan supaya sopan dan sesuai dengan tuntutan. Paling penting, tidak mendedahkan susuk tubuh. Malah hijab itu bukan untuk berfesyen semata-mata tetapi ada fungsinya mengapa Muslimah diminta berpakaian sedemikian.

Sewaktu menonton video Instagram itu, jelas kelihatan pelakon itu memakai gaun potongan sendat paras betis, tetapi bahagian atas lengkap bertudung. Timbul rasa sangsi adakah benar Rebecca berpakaian begitu?

Mahu kepastian, rakaman video instagram itu diulang berkali-kali. Kebetulan kamera merakamkan dia berlari ke arah temannya kerana mahu membuat kejutan dan jelas baju berwarna tanah itu melekap tubuh dan singkat paras betis saja.

Seperkara lagi, kita tidak faham mengapa rakan pelakon ini sudah nampak yang Rebecca tidak berpakaian sopan sebagai Muslimah sejati tetapi tetap dimuat naik ke laman sosial Instagram. Seperti tidak sensitif langsung untuk menjaga imej rakan sendiri.

Takut juga golongan artis yang sudah berubah dan berhijab ini salah bawa penampilan akan menjadi ikutan. Seharusnya semua golongan artis yang sudah berhijap ini berhati-hati dalam berpakaian jangan sampai menjadi mangsa fesyen seperti Rebecca.

Cik Pang @ Harian Metro
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page


0 comments: