Home » » Mayat bayi dalam kotak kasut

Mayat bayi dalam kotak kasut

Written By kall on Monday 5 May 2014 | 09:51


Pilihan Anda

Mayat bayi dalam kotak kasut

Sepanggar: Mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui seorang pekerja Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) di dalam pondok pembuangan sampah di institusi pengajian tinggi awam Jalan Sepanggar, di sini, kira-kira jam 10 pagi tadi.

Ketika ditemui, mayat bayi cukup sifat ditinggalkan di atas tong sampah kecil disimpan di dalam kotak kasut dibaluti dengan plastik hitam.

Pekerja DBKK bersama rakannya sedang menjalankan kerja mengangkut sampah di kawasan pondok pembungan sampah di dalam institusi berkenaan sebelum membuat penemuan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Jauteh Dikun ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, mayat bayi itu dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk bedah siasat.

Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page


0 comments: