Home » » Rafizi berbohong kepada orang ramai, kata peguam NFCorp

Rafizi berbohong kepada orang ramai, kata peguam NFCorp

Written By kall on Friday 9 May 2014 | 09:18


Pilihan Anda

Rafizi berbohong kepada orang ramai, kata peguam NFCorp

KUALA LUMPUR: Pengarah strategi PKR Mohd Rafizi Ramli didakwa berbohong tentang maklumat sulit perbankan yang menyebabkan "kerugian teruk" buat National Feedlot Corporation Sdn Bhd ( NFCorp ), menurut peguam yang mewakili syarikat itu hari ini.

NFCorp merupakan syarikat yang bertanggungjawab menguruskan projek ternakan lembu iaitu National Feedlot Centre yang mengundang kontroversi pada tahun 2011.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini susulan pengurusan kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atas kes fitnah yang dibawa terhadap NFCorp Rafizi, peguam bagi pihak plaintif berkata ahli parlimen Pandan itu kini perlu menjawab di mahkamah atas "dakwaan salah" dibuat terhadap National Feedlot Corporation Sdn Bhd dan pengerusinya.

Pengurusan kes telah dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini di hadapan Hakim Datuk John Louis O'Hara antara plaintif, NFCorp dan pengerusinya Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail terhadap defendan, Rafizi serta Mkini Dotcom Sdn. Bhd.

3 Jun telah ditetapkan untuk tarikh pengurusan kes seterusnya.

'Tuduhan palsu menyebabkan kemarahan orang ramai '

Menurut peguam, Rafizi pada 7 Mac 2012 telah mendakwa bahawa Mohamad Salleh gagal melunaskan pinjaman selama lapan kali untuk lot pejabat KL Eco City dengan tunggakan dari bulan Mac 2011 hingga Februari 2012, dan oleh itu, telah menjejaskan satu pinjaman kerajaan yang disalurkan kepada bank.

Walau bagaimanapun, peguam berkata anak guamnya tidak pernah mengambil sebarang pinjaman daripada Public Bank Berhad untuk pembelian hartanah KL Eco City yang menjadi asas "tuduhan palsu" dilemparkan oleh Rafizi.

Tuduhan ini, kata NFCorp, menyebabkan kemarahan orang ramai dan kerugian teruk terhadap pendapatan syarikat.

"Tidak pernah ada kegagalan membayar hutang atau hutang tertunggak daripada March 2011 seperti yang didakwa Rafizi kerana perjanjian Jual Beli ( SPA ) bagi lapan hartanah KL Eco City yang hanya ditandatangani pada 15 Disember 2011. Tarikh ini menekankan bahawa tidak boleh ada apa-apa pinjaman yang diambil atau dikeluarkan oleh mana-mana bank bagi hartanah terbabit sebelum masa tersebut setelah SPA ditandatangani,” kata peguam untuk kedua-dua plaintif Hariharan Tara Singh.

"Bagaimana boleh ada apa-apa kegagalan membayar hutang pinjaman yang tidak wujud?” tantya Hariharan.

“Oleh itu, Rafizi Ramli berbohong, memutarbelitkan, salah nyata dan mereka-reka kenyataan untuk orang ramai, dan kini (beliau) perlu menjawab dakwaan beliau khusus kepada perkara-perkara ini dalam pembelaannya di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur," katanya dalam kenyataan itu.

Latar belakang saman fitnah

Pada 3 Jun tahun lepas, NFCorp dan Salleh memfailkan saman itu dengan menamakan Rafizi dan Malaysiakini sebagai defendan.

Saman itu adalah untuk mendapatkan ganti rugi dialami oleh kedua-dua plaintif akibat "pembohongan, putar belit , gambaran yang salah dan pemalsuan, serta fitnah oleh defendan" dengan pendedahan maklumat perbankan sulit.

Plaintif menuntut ganti rugi am, teladan dan ganti rugi teruk, faedah, kos dan relif lain yang dianggap sesuai oleh mahkamah.

April lalu, satu proses pengantaraan antara kedua-dua pihak tidak berjaya. Peguam Rafizi, Ng Siaw Sunm menyatakan bahawa cadangan kedua-dua pihak untuk menyelesaikan isu itu gagal dicapai.
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page


0 comments: