Home » » Goyang ghairah sangkut di tiang

Goyang ghairah sangkut di tiang

Written By kall on Friday 9 May 2014 | 07:35


Pilihan Anda

Goyang ghairah sangkut di tiang

Georgetown: Keasyikan beberapa wanita warga asing dipercayai pelayan pelanggan (GRO) melayan pelanggan tempatan termasuk ada yang beraksi ‘tarian tiang’ di sebuah pusat hiburan terbantut diserbu polis dalam operasi di Jalan Penang di sini, awal pagi, semalam.

Operasi Noda dilakukan jam 1 pagi membabitkan sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri itu diketuai Pegawai Turus D7 negeri Deputi Superintendan Mohd Yusri Othman.

Operasi sama turut disertai polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) dan pegawai penguat kuasa dari Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Jurucakap polis berkata, 45 wanita warga Thailand, tiga wanita Indonesia dan seorang wanita Myanmar serta empat pondan warga Thailand berusia antara 20 dan 30-an ditahan kerana disyaki bekerja sebagai GRO di premis berkenaan.

Beliau berkata, seorang penjaga premis warga tempatan berusia dalam 40-an turut ditahan sebelum dibawa ke IPDTL.

“Siasatan lanjut akan dilakukan untuk mengenal pasti identiti semua wanita warga asing itu yang dipercayai menyalahgunakan pas lawatan sosial mereka dan bekerja sebagai GRO tanpa kebenaran di pusat hiburan berkenaan.

“Turut ditahan enam remaja lelaki bawah umur warga tempatan kerana memasuki pusat hiburan berkenaan dan siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 55 Akta Imigresen 1959/1963 atas kesalahan menggaji pekerja warga asing secara haram.

“Sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM10,000 atau tidak melebihi RM50,000 atau penjara 12 bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Beliau berkata, siasatan turut dilakukan ke atas semua wanita warga asing itu mengikut Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas lawatan sosial dan sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Menurutnya, pihaknya turut melakukan siasatan ke atas pemilik pusat hiburan berkenaan mengikut Seksyen 11(2) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan tangkapan itu dan siasatan masih dijalankan.
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page


0 comments: