Home » » Siang dirompak, malam dinoda

Siang dirompak, malam dinoda

Written By kall on Tuesday 6 May 2014 | 11:36


Pilihan Anda

Siang dirompak, malam dinoda

Kuala Lumpur: Dirompak pada waktu siang dan diperkosa pada waktu malam. Itulah nasib malang dialami seorang wanita berusia 38 tahun apabila ditimpa dua musibah pada hari sama.

Sumber polis berkata, wanita itu dikatakan menjadi mangsa apabila keluar dari rumahnya untuk bersembahyang di sebuah kuil berhampiran Jalan Pudu, dengan menaiki bas awam pagi kelmarin.


Menurutnya, mangsa bagaimanapun mendakwa dipukau ketika sedang menunggu bas sebelum wang tunai, kad pengenalan serta telefon bimbit miliknya dilarikan individu tidak dikenali.

“Mangsa yang mendakwa tersedar dari dipukau kemudian mendapati ada kesan torehan pada tangannya. Mangsa kemudian berjalan menuju ke kuil berhampiran untuk mendapatkan bantuan dari pengunjung di situ.

“Mangsa yang seolah-oleh masih hilang ingatan bagaimanapun mendakwa gagal memperoleh bantuan dari orang ramai sebelum tertidur di kaki lima sebuah bank,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang gagal mencari jalan pulang ke rumah bagaimanapun dihampiri seorang lelaki berusia lingkungan 20-an sekitar jam 12.15 tengah malam semalam.

Menurutnya, lelaki terbabit kemudian bertanyakan mengapa mangsa tidur di tepi jalan sebelum menawarkan bantuan.

Berita lanjut di Harian Metro
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page


0 comments: