Home » » Saya ujibakat untuk berlakon, bukan gadai tubuh!

Saya ujibakat untuk berlakon, bukan gadai tubuh!

Written By kall on Thursday 1 May 2014 | 10:30


Pilihan Anda

Saya ujibakat untuk berlakon, bukan gadai tubuh!

AMY tidak sanggup gadai maruah untuk dapat tawaran berlakon.
Sebagai pelakon baru, Amy Jueliet, 26, mengakui sering berdepan dugaan terutama daripada individu nakal dalam industri yang mahu mengambil kesempatan.

Gadis bernama sebenar Roziana Ali ini pernah ditawarkan melakukan aktiviti tidak bermoral daripada seorang individu yang berpengaruh dalam penerbitan drama sekiranya mahu memegang watak utama.

“Tak dinafikan pelakon baru seperti saya dipancing dengan tawaran yang bukan-bukan tetapi harus diingat, jangan anggap semua pelakon baru sebagai murahan.

“Saya berlakon kerana minat yang mendalam dan bukannya nak menggadai maruah. Saya pergi uji bakat sendiri untuk dapatkan watak dan bukannya cari peluang berlakon secara mudah. Memang betul banyak pesaing tapi kita tak perlulah sampai menggadai kehormatan diri semata-mata untuk dapatkan tawaran,” katanya.

Amy berkata, individu yang pernah mengajaknya melakukan perbuatan tidak bermoral itu pernah berkata kepadanya bahawa dia akan menyesal kerana enggan menuruti kehendaknya, tetapi dia tetap bertegas dengan pendiriannya.

Anak bongsu daripada empat beradik ini mula terbabit dalam lakonan sejak tahun lalu.

Bermula dengan menemani seorang rakan ke lokasi penggambaran, dia terus tertarik hati dan mencuba bakat berlakon.

“Pada mulanya saya takut nak berlakon, tetapi saya tengok orang lain pun boleh buat, mengapa pula saya tak boleh. Akhirnya saya memberanikan diri untuk menghadiri uji bakat dan terpilih berlakon dalam siri Karma. Menariknya, saya diberikan watak utama sedangkan saya masih baru.

“Akibatnya teruk jugalah saya kena tegur oleh pengarah supaya menjiwai watak dengan baik. Saya langsung tak ambil hati kerana anggap teguran ini satu perkara membina untuk berjaya dalam bidang ini. Selain itu saya juga tak segan bertanya dan belajar daripada pelakon lain,” katanya.
Amy berkata, biarpun mempunyai rakan yang terlebih dulu mencipta nama dalam bidang seni, dia enggan mengharapkan pertolongan mereka. Sebaliknya, dia lebih senang berusaha sendiri mencari nama dalam bidang lakonan.

“Saya sedar tak boleh mengharapkan pertolongan orang jika nak berjaya. Saya tebalkan muka pergi uji bakat yang diadakan. Apabila berlakon saya menjalinkan hubungan baik dengan semua orang termasuk kru produksi.

“Dari situ, mereka akan mencadangkan nama saya kepada produksi lain pula sekiranya ada tawaran yang sesuai. Cara ini perlu diamalkan oleh setiap pelakon baru. Tiada guna nak menyombong atau mengasingkan diri kerana yang ruginya kita juga nanti,” katanya.

Sehingga kini Amy sudah berlakon dalam beberapa drama antaranya Menanti Awan, Bila Cinta Berbunga, Alahai Abah, Kalimah Jiwa, Apam Lemak Manis dan banyak lagi.

Menerusi drama Menanti Awan yang akan disiarkan dalam slot cerekarama di TV3, Amy berlakon di samping nama besar seperti Fizz Fairuz dan Sofi Jikan.

“Peluang ini pun diperoleh menerusi sesi uji bakat. Tak sangka pula saya diterima kerana barisan pelakonnya sangat kuat. Dalam hal ini saya berterima kasih kepada pengarah Shah Bromo yang memberikan peluang. Saya melakonkan watak utama sebagai Erna, kekasih Awan lakonan Fizz Fairuz.

“Walaupun perasaan agak gementar, saya cuba menghilangkannya agar dapat memberikan lakonan terbaik bersama pelakon lain. Mulanya saya agak segan untuk menangis dalam sebuah babak tapi lama kelamaan perasaan ini dapat diatasi. Tak dinafikan saya kagum dengan lakonan Fizz dan Sofi yang sangat mantap dan penuh perasaan,” katanya.
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page


0 comments: