Home » » 'Sumpah saya masih ahli Pas'

'Sumpah saya masih ahli Pas'

Written By kall on Monday 12 May 2014 | 10:45


Pilihan Anda

'Sumpah saya masih ahli Pas'

Sijil keahlian Pas yang dibawa Mohamed Nabi Bux ketika ke pejabat SPR Pulau Pinang untuk mendaftar sebagai calon PRK Bukit Gelugor.
GEORGETOWN - Bekas Setiausaha Pas Cawangan Kampung Banjar, Batu Caves, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar, 63, terkilan dengan sikap sesetengah pimpinan Pas yang berdolak-dalik mengenai isu keahliannya.

Beliau tidak berkecil hati jika Pas tidak membenarkannya bertanding atas tiket parti itu tetapi tidak wajar menuduhnya sebagai ahli Umno.

“Jika tak mahu saya bertanding atas tiket Pas, beritahu saya secara terus terang. Saya tidak akan berkecil hati. Tapi janganlah menuduh saya bukan ahli Pas sebaliknya tuduh pula saya ahli Umno.

“Saya ada bukti, malah semasa saya ke Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri tempoh hari, saya ada bawa bersama sijil keahlian Pas. Jadi, bagaimana boleh timbul saya ahli Umno,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page


0 comments: