Home » » Peluang Kenaikan Pangkat Lebih Baik Untuk Penjawat Awam

Peluang Kenaikan Pangkat Lebih Baik Untuk Penjawat Awam

Written By kall on Monday 12 May 2014 | 09:15


Pilihan Anda

Peluang Kenaikan Pangkat Lebih Baik Untuk Penjawat Awam

Lebih 200,000 penjawat awam dalam skim perkhidmatan tertutup bakal menikmati kenaikan pangkat lebih baik dan pelbagai peluang lain.

Ia melalui pengenalan sistem kenaikan pangkat secara khas.

Yang akan diperkenalkan selepas selesai semakan semula 230 skim perkhidmatan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa ketika mengumumkannya mengakui wujud kekangan kenaikan pangkat bagi penjawat awam dalam skim perkhidmatan tertutup.

Ini kerana ia terhad kepada jawatan sedia ada.

Sedangkan ramai kakitangan awam yang berkaliber.

Justeru itu, skim khas perlu diwujudkan supaya kakitangan terbabit menikmati gred lebih tinggi tanpa perlu dinaikkan pangkat masing-masing.

Tan Sri Dr Ali sebelum itu menyampaikan anugerah khidmat cemerlang kepada 233 kakitangan Universiti Tun Hussein Onn, UTHM Di Batu Pahat, Johor.

disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page


0 comments: