Home » » Pramugari bantah uniform baru terlalu seksi

Pramugari bantah uniform baru terlalu seksi

Written By kall on Tuesday 6 May 2014 | 14:31


Pilihan Anda

Pramugari bantah uniform baru terlalu seksi

Gambar hiasan
Pramugari Cathay Pacific dan Kesatuan Pramugari telah melahirkan rasa kurang selesa dengan uniform baru yang diperkenalkan oleh syarikat Penerbangan Hong Kong tersebut yang dianggap terlalu seksi dan menggalakan gangguan seksual.

Uniform yang menampilkan blaus pendek dan skirt ketat dibimbangi akan mewujudkan suasana kurang sihat serta menggalakan gangguan seksual jika ianya disarungkan oleh pramugari syarikat berkenaan.

Uniform baru Cathay Pacific yang timbulkan kontroversi
Cathay Pacific juga didakwa sengaja menggunakan uniform kecil dan ketat untuk memperlihatkan pramugarinya sebagai objek seksi untuk penumpang-penumpangnya.

Namun begitu, syarikat penerbangan tersebut telah memaklumkan kepada krewnya bahawa mereka bebas untuk menukarkan uniform mereka jika mereka berasa tidak selesa.


disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page


0 comments: