Home » » Pakai jubah kaburi perbuatan maksiat

Pakai jubah kaburi perbuatan maksiat

Written By kall on Friday 2 May 2014 | 10:49


Pilihan Anda

Pakai jubah kaburi perbuatan maksiat

Gambar hiasan
Kangar: Kegiatan licik dua remaja lelaki yang memakai jubah ketika mengunjungi Masjid Saidina Umar di Kampung Guar Syed Alwi untuk mencuri wang tabung masjid gagal apabila mereka dicekup jemaah yang menyedari perbuatan mereka, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang, dua remaja berusia 19 tahun berpakaian jubah dan kopiah itu datang ke masjid berkenaan menaiki sebuah motosikal ketika jemaah lain sedang menunaikan solat Asar.

Imam 1 masjid berkenaan Kamaradin Mohd Napiah, 60, berkata, remaja lelaki itu menggunakan alat pemotong besar bagi memotong mangga yang mengunci tabung di masjid berkenaan.

“Bagaimanapun, salah seorang daripada jemaah yang kebetulan baru datang bersembahyang terdengar bunyi bising sebelum ternampak salah seorang daripada remaja terbabit sedang memotong mangga tabung.
Foto

KAMARADIN (kiri) menunjukan tabung masjid yang sudah dirosakkan.
“Remaja berkenaan yang menyedari perbuatannya diketahui jemaah kemudian melarikan diri ke luar masjid dengan meninggalkan rakannya yang bersembunyi di dalam tandas,” katanya.

Menurutnya, remaja lelaki yang berada di dalam tandas itu, bagaimanapun cuba mengaburi jemaah lain apabila berpura-pura mahu bersembahyang selepas menyedari rakannya dicekup di luar kawasan masjid.

“Kami berasa terkejut kerana tidak menyangka dua remaja berjubah itu cuba mengaburi jemaah lain sebelum memecahkan tabung masjid dipercayai untuk mengambil wang, namun usaha mereka gagal,” katanya.

disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page


0 comments: