Home » » Nabi tawar diri sebagai calon Pas di Bukit Gelugor

Nabi tawar diri sebagai calon Pas di Bukit Gelugor

Written By kall on Friday 9 May 2014 | 19:21


Pilihan Anda

Nabi tawar diri sebagai calon Pas di Bukit Gelugor

GEORGETOWN: Bekas Setiausaha PAS cawangan Kampung Banjar, Batu Caves, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sattar menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon PAS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor pada 25 Mei ini.

Ahli perniagaan berusia 63 tahun itu berhasrat untuk bertanding kerana mahu sama-sama menegakkan hukum hudud yang kini hangat dibangkitkan dalam kalangan ahli partinya.

Mohamed Nabi Bux berkata, dia berharap Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dapat memberikan kebenaran kepadanya untuk bertanding dalam PRK kali ini.

"Ini adalah kali pertama saya berhasrat untuk turut bertanding dalam PRK mewakili parti PAS.

"Saya tidak ada niat lain dan hanya ingin mengajak penduduk di Bukit Gelugor berjuang mempertahankan hukum hudud dan berharap Presiden parti memberi kebenaran untuk saya bertanding," katanya pada sidang media di hadapan Pejabat MARA, Pengkalan Weld Quay, di sini, semalam.

Mohamed Nabi Bux berkata, sekiranya kebenaran tidak dapat diberikan, dia akan bertanding atas tiket bebas namun akan tetap terus menyokong PAS.

PRK Parlimen Bukit Gelugor diadakan berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh dalam kemalangan jalan raya 17 April lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Mei sebagai hari penamaan calon, pengundian awal 21 Mei dan hari mengundi 25 Mei.

Mendiang Karpal Singh, yang juga bekas pengerusi DAP, memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum 2013 dengan majoriti 41,778 undi menewaskan calon BN Teh Beng Yeam.
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page


0 comments: