Home » » Lepas urut boleh 'test'...kantoi!

Lepas urut boleh 'test'...kantoi!

Written By kall on Saturday 3 May 2014 | 22:21


Pilihan Anda

Lepas urut boleh 'test'...kantoi!

Kuala Lumpur: Seramai 18 wanita warga Vietnam yang disyaki menawarkan perkhidmatan seks di sebalik dua pusat urut refleksologi di Metro Prima Kepong di sini, dicekup polis dalam dua serbuan berasingan, malam tadi.

Ops Noda itu dijalankan sepasukan dua pegawai dan 10 anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman diketuai Inspektor Mohammad Mohd Jais, kira-kira jam 10.45 malam.

Difahamkan, ketika serbuan, dua daripada wanita berusia lingkungan 20 hingga 30-an itu sedang melayan pelanggan dan semua mereka tidak sempat melarikan diri.

Siasatan awal polis mendapati premis tidak berlesen itu menggunakan nama pusat urut namun sebaliknya menawarkan khidmat seks antara RM100 hingga RM138.

Selain semua wanita itu, dua lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD ) Sentul untuk tindakan lanjut.
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page


0 comments: