Home » » Ketika Jenazah Allahyarham Aziz Sattar Disembahyang Dan Disemadikan

Ketika Jenazah Allahyarham Aziz Sattar Disembahyang Dan Disemadikan

Written By kall on Tuesday 6 May 2014 | 17:36


Akak Dibalik Pintu

Ketika Jenazah Allahyarham Aziz Sattar Disembahyang Dan Disemadikan

                        
KUALA LUMPUR, 6 MEI 2014: Jenazah Allahyarham Datuk Aziz Sattar telah selamat diuruskan serta disembahyangkan di Surau Al- Amin, Bandar Tun Hussien Onn lebih kurang jam 12 tengahari tadi.

Ketika jenazah diuruskan serta dimandikan ahli keluarga, tetamu yang hadir bersama-sama membaca Yassin dan tahlil untuk arwah.

Majlis pengurusan jenazah turut dihadiri oleh ahli keluarga serta tetamu yang terdiri daripada anak seni dan selebriti tanah air yang memenuhi perkarangan surau.

Antara artis dan seniman yang hadir adalah Datuk Sarimah Ahmad, Hans Issac, Aizat Amdan, Fizo Omar, Harun Salim Bachik, Nassier Wahab, Norlia Ghani, Badul, A. Galak, Dato' M. Nasir dan ramai lagi.


innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "42072"; innity_width = "300"; innity_height = "250"; innity_country = "MY";
Bintang lagenda Datuk Aziz Sattar yang memulakan kerjaya seni perfilemannya di Jalan Ampas pada era 60-an telah meninggal dunia sekitar jam 2 pagi tadi di Hospital KPJ Kajang.

Pak Ajis yang sebelum ini sering membintangi filem-filem komedi bersama Allahyarham Tan Sri P Ramlee serta S Shamsuddin termasuklah siri Bujang Lapok telah meninggal dunia akibat sakit jantung yang dihidapinya selama beberapa tahun.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tun Hussein Onn, Cheras sekitar waktu Zohor nanti.

Suasana hiba dan pilu menyelubungi ahli keluarga terdekat dan juga rakan artis serta seniman yang hadir ketika jenazah diusung menaiki van ke tanah perkuburan.

                              

Jenazah pelakon veteran, Datuk Aziz Sattar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tun Hussein Onn kira-kira jam 2.10 petang tadi iaitu selepas waktu Zohor.

Terdahulu, jenazah telah dimandikan dan diuruskan di Surau Al- Amin, Bandar Tun Hussien Onn lebih kurang jam 12 tengahari tadi.
                            
Pengebumian jenazah turut dihadiri oleh ahli keluarga serta tetamu yang terdiri daripada anak seni dan selebriti tanah air yang memenuhi perkarangan surau.

                                  

                                  

                                  

                     http://akakdisebalikpintu.blogspot.com/2014/05/ketika-jenazah-allahyarham-aziz-sattar.html

                      

Antara yang hadir ialah Datuk Sarimah Ahmad, Dato` Mustafa Maarof, Seniwati Rosnani Jamil, Aizat Amdan, Fizo Omar, Harun Salim Bachik, Nassier Wahab, Norlia Ghani, Badul, A. Galak, Dato' M. Nasir dan ramai lagi.

Bintang lagenda Datuk Aziz Sattar yang memulakan kerjaya seni perfilemannya di Jalan Ampas pada era 60-an telah meninggal dunia sekitar jam 2 pagi tadi di Hospital KPJ Kajang.

Pak Ajis yang sebelum ini sering membintangi filem-filem komedi bersama Allahyarham Tan Sri P Ramlee serta S Shamsuddin termasuklah siri Bujang Lapok telah meninggal dunia akibat sakit jantung yang dihidapinya selama beberapa tahun.

Alfatihah


innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "43604"; innity_width = "468"; innity_height = "60"; innity_country = "MY";


0 comments: