Home » » Kantoi bersekedudukan, teman lelaki lari tak cukup tanah

Kantoi bersekedudukan, teman lelaki lari tak cukup tanah

Written By kall on Saturday 3 May 2014 | 10:24


Pilihan Anda

Kantoi bersekedudukan, teman lelaki lari tak cukup tanah

Gambar hiasan
Alor Setar: Sepasang kekasih yang dipercayai sudah bertunang sanggup membahayakan nyawa mereka dengan terjun melalui tingkap setinggi kira-kira tiga meter di tingkat dua sebuah rumah tumpangan di Jalan Pegawai, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mereka dikatakan sanggup berbuat demikian selepas menyedari bilik yang disewa mereka diketuk sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) dalam operasi ‘Ops Cergas’ sempena Hari Pekerja 1 Mei, kelmarin.

Difahamkan, pasangan yang didakwa sudah bertunang berusia 20-an itu dikatakan panik sebaik melihat anggota penguat kuasa JAIK mengepung seluruh bangunan rumah tumpangan itu ketika mereka sedang berdua-duaan dalam sebuah bilik di tingkat atas bangunan dua tingkat itu.

Penolong Pengarah Penguat Kasa Undang-Undang JAIK Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, lelaki terbabit melarikan diri meninggalkan wanita yang ketika itu masih berada di tingkap sebelum terjun sebaik melihat anggota penguat kuasa datang untuk menahannya.

“Sebaik berjaya terjun, wanita yang tidak mengalami sebarang kecederaan itu cuba melarikan diri dengan berkaki ayam tetapi berjaya dikejar sepasukan anggota penguat kuasa yang menunggu di luar bangunan itu.

“Selain itu, teman lelakinya juga berjaya ditahan anggota penguat kuasa JAIK kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian.

Pasangan itu mendakwa sudah bertunang dan datang ke rumah tumpangan itu untuk berbincang hal perkahwinan mereka memandangkan keluarga sudah merestui hubungan mereka,” katanya di sini, semalam.

Dalam kejadian berasingan, beliau berkata, seorang lelaki bertindak bertindak agresif apabila bergelut dengan seorang anggota penguat kuasa JAIK yang cuba menahannya sebelum melarikan diri menyebabkan anggota terbabit terjatuh.

Menurutnya, lelaki berusia 20-an itu bertindak demikian kerana bimbang ditahan ketika sedang bersama pasangannya yang sama usia dalam sebuah bilik di rumah tumpangan berhampiran.

“Bagaimanapun lelaki itu berjaya ditahan selepas dikejar sejauh kira-kira 500 meter oleh anggota penguat kuasa JAIK.

“Anggota penguat kuasa JAIK berusia 26 tahun itu mengalami kecederaan dan luka di bahagian siku dan tapak tangan ketika pergelutan itu sebelum dibawa ke sebuah klinik berhampiran untuk menerima rawatan,” katanya.

Sementara itu, Syeikh Mohd Roshidi berkata, dalam operasi sempena Hari Pekerja itu bermula jam 3 petang hingga 8 malam itu, berjaya menahan empat pasangan berusia sekitar 20-an hingga 30-an yang disyaki berkhalwat.

Menurutnya, semua pasangan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama daerah untuk siasatan lanjut.
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page


0 comments: