Home » » Hudud: Kami bantah bukan kerana takut Pas, UMNO gabung

Hudud: Kami bantah bukan kerana takut Pas, UMNO gabung

Written By kall on Thursday 8 May 2014 | 09:24


Pilihan Anda

Hudud: Kami bantah bukan kerana takut Pas, UMNO gabung

SHAH ALAM - MCA hari ini menafikan pihaknya khuatir jika dua parti politik 'otai' negara, Umno dan Pas kembali bekerjasama dalam melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong berkata soal takut terhadap tahaluf siyasi antara Pas dengan Umno itu tidak timbul sebaliknya bantahan parti itu terhadap hudud telah dibuat sejak 1993 lagi.

"Saya tidak bersetuju dengan ungkapan itu, kita takut bila Umno dan Pas bergabung, sebab Umno adalah sahabat karib dan rakan perjuangan MCA sejak sekian lama.

"Kedua kita (MCA) membantah bukan sahaja hari ini tetapi sejak 1993 lagi, sudah 21 tahun, tidak mungkin kita takut," katanya kepada Sinar Harian Online selepas berpidato pada Wacana Sinar Harian siri ke-27 bertajuk 'Hudud: Bersediakah Kita?' di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut bantahan MCA terhadap pelaksanaan hukum hudud di Kelantan dan tidak menolak kemungkinan keluar dari perikatan BN jika Umno terus membantu Pas meneruskan hasratnya itu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud menafikan bantahan MCA itu disebabkan takut Umno dan Pas bergabung sebaliknya mereka khuatir hak Perlembagaan kaum Cina akan dicabuli.

Beliau yang mendapat respons daripada rakan bukan Islam memberitahu kaum Tionghua boleh menerima rang undang-undang persendirian Kelantan namun tidak kepada sistem dua mahkamah di negara ini.

"...tetapi bila datang kepada hukum jenayah, nanti ada penal code...apabila ada pindaan (Perlembagaan), maka bukan sahaja di Kelantan melaksanakan hudud bahkan ia akan menyerap ke negeri-negeri lain.

"Apabila insituti agama kita seperti Jakim dan Mais, bertambah kuatnya, mereka melihat ruang mereka semakin sempit seperti isu kalimah ALLAH, isu penjagaan anak dan beberapa perkara yang tidak adil kepada mereka," katanya lagi.
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page


0 comments: