Home » » Gadis mengaku jalin hubungan sulit dengan Sultan Brunei

Gadis mengaku jalin hubungan sulit dengan Sultan Brunei

Written By kall on Thursday 8 May 2014 | 12:27


Pilihan Anda

Gadis mengaku jalin hubungan sulit dengan Sultan Brunei

Sultan Hassanal Bolkiah of Brunei telah 'diserang' bertubi-tubi oleh masyarakat antarabangsa gara-gara pelaksanaan hukum hudud di negara tersebut minggu lepas. Undang-undang tersebut termasuklah mengenakan hukuman terhadap peminmum arak, zina dan LGBT.

Dalam kekalutan yang ditimbulkan oleh pelbagai pihak, secara tiba-tiba seorang wanita Amerika Syarikat telah membuat pengakuan yang mengejutkan berkaitan Sultan Brunei. Beliau mengaku telah 'dihadiahkan' kepada Sultan Brunei oleh adinda sultan sendiri dan mereka telah melanggar dua hukum Islam yang telah digariskan pada hari ini. Ianya telah berlaku di sebuah penthouse hotel di Kuala Lumpur.

Akhbar Daily Beast melalui ruangan Jillian Lauren, gadis berkenaan menceritakan semula ketika beliau berusia 18 tahun, beliau telah menerima undangan 'temuduga' untuk kekosongan di sebuah kelab malam di Singapura; namun kekosongan tersebut sebenarnya adalah lebih kepada menjadi pelayan istimewa kepada Sultan Brunei.

Beliau juga menggambarkan pengalaman yang glamor dan menarik pada mulanya, tetapi juga sunyi, pematah semangat, dan "penuh dengan rasa malu paling rendah", termasuk kejadian di KL yang mana beliau telah diserahkan sebagai 'hadiah'.

Lauren juga menceritakan dengan lebih terperinci dalam bukunya yang begitu laris Some Girls: My Life In A Harem. Jika apa yang diceritakan kepada Lauren itu betul, ini mungkin boleh mencalarkan imej dan usaha Sultan Hassanal Bolkiah dalam mempraktikan undang-undang Syariah di bumi Brunei.


disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page


0 comments: