Home » » Dedah video aib, penyampai TV Al Hijrah dicemuh

Dedah video aib, penyampai TV Al Hijrah dicemuh

Written By kall on Sunday 4 May 2014 | 16:34


Pilihan Anda

Dedah video aib, penyampai TV Al Hijrah dicemuh

Kuala Lumpur: “Tujuan saya berkongsi kisah diugut adalah bagi mengelak lebih ramai menjadi mangsa, tetapi tindakan itu dikutuk mereka yang berpandangan negatif,” kata penyampai stesen televisyen AlHijrah, Amin Idris.

Amin, 33, berkata, sejak kisahnya diugut seorang lelaki melalui laman sosial yang disiarkan Harian Metro baru-baru ini, akaun Facebook (FB) miliknya menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat, termasuk yang mengutuk perbuatannya.

“Saya ingin jelaskan, pergerakan yang saya lakukan ketika perbualan video menerusi Skype itu cuma bangun dan duduk dalam keadaan berpakaian lengkap dan bukan sambil membuat perkara tidak senonoh seperti difikirkan.

“Lelaki berkenaan meminta saya berbuat demikian kononnya untuk melihat saya dengan lebih jelas tanpa saya menyangka pergerakan itu akan disunting menjadi video lain yang mengaibkan,” katanya kepada Metro Ahad di sini, semalam.

Akhbar ini pada 25 April lalu melaporkan, Amin menerima ugutan daripada seorang lelaki dikenali sebagai Stevan Cruz yang memintanya menyerahkan wang tunai RM20,000 jika tidak mahu tiga video pendek menunjukkan perbuatan aib seorang lelaki lain yang disunting menyerupainya disebarkan ke laman YouTube.

Kejadian itu berlaku hujung Mac lalu apabila dia menerima pesanan Stevan melalui FB yang memperkenalkan diri sebagai pegawai jabatan sumber manusia di Filipina dan ingin menjemputnya ke sana bagi menyampaikan ceramah motivasi kepada pekerja kilang.

Selepas 10 minit perbualan video, lelaki berkenaan memutuskan talian secara tiba-tiba dan kembali menghubungi Amin keesokan harinya dengan meninggalkan tiga pautan video di YouTube.

Tiga rakaman video itu masing-masing memaparkan seorang lelaki minum arak, berhibur di disko dan melakukan onani, tetapi menggunakan wajah Amin yang dipercayai disunting melalui Skype.

Mengulas lanjut, Amin berharap masyarakat berhenti mencemuhnya kerana pada masa sama dia menyelamatkan beberapa lagi individu lain yang menjadi mangsa ugutan Stevan.
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page


0 comments: