Home » » 'Ustaz', artis terkenal disiasat kes militan

'Ustaz', artis terkenal disiasat kes militan

Written By kall on Saturday 3 May 2014 | 15:27


Pilihan Anda

'Ustaz', artis terkenal disiasat kes militan

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR 3 Mei – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat hubung kait seorang lelaki yang digelar ‘ustaz’ dan rakannya yang juga ahli kumpulan pemuzik terkenal, dengan gerakan militan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu, setakat ini PDRM sedang menyiasat kemungkinan itu dan siasatan juga dijalankan terhadap sesiapa sahaja yang mempunyai kaitan dengan gerakan militan.

“Kita tidak mahu tumpukan kepada sesiapa atau tuduh siapa dalang kerana siasatan akan dijalankan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai kaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas tamat acara menembak bersama media di Lapang Sasar Markas Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page


0 comments: