Home » » Apabila Harith Iskandar buat lawak mengenai hudud

Apabila Harith Iskandar buat lawak mengenai hudud

Written By kall on Thursday 8 May 2014 | 15:49


Pilihan Anda

Apabila Harith Iskandar buat lawak mengenai hudud

KADANG-KADANG dalam bergurau, mungkin para selebriti kita perlu lebih sensitif dan peka terutama dengan isu yang membabitkan agama.

Pelawak terkenal, Harith Iskander dalam satu ‘tweet’nya telah berjenaka mengenai isu hudud yang sedang hangat diperkatakan kini.
Ia secara tidak langsung menyebabkan beberapa pengikut menegurnya di akaun sosial itu.
Mungkin dia hanya berniat untuk bergurau, namun apabila ia berkaitan dengan agama, tidak semua orang mempunyai pemikiran yang sama.

Tidak lama selepas itu, Harith mengemaskini ‘tweet’nya dengan berkata:

Bagi sesetengah orang, mungkin gurauan Harith itu tidak perlu diperbesarkan dan bukanlah perkara yang perlu dianggap sensitif.

Tetapi, adalah lebih baik jika para selebriti tidak menggunakan perihal agama sebagai subjek gurauan mereka di masa akan datang bagi mengelakkan perbalahan di kalangan peminat.

mynewshub
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page


0 comments: