Home » » Janda 'hot' tak berhijab runsing jadi tumpuan

Janda 'hot' tak berhijab runsing jadi tumpuan

Written By kall on Thursday 8 May 2014 | 00:39


Pilihan Anda

Janda 'hot' tak berhijab runsing jadi tumpuan

Gambar hiasan
Saya ibu tunggal yang menjaga tiga anak selepas berpisah dengan suami tahun lalu. Kami berpisah disebabkan suami menjalin hubungan dengan teman sekerjanya.

Saya hampir putus harap serta hilang pedoman apabila mendapati suami bermain kayu tiga. Namun atas dorongan keluarga, saya sedar dan mula membina hidup baru.

Namun, bukan mudah menjadi ibu tunggal, maklumlah ma­syarakat setempat mempunyai pelbagai persepsi negatif mengenai status baru saya.

Tambah pula saya tidak me­ngenakan hijab serta gemar bergaya membuatkan saya dilihat sebagai ancaman kepada golo­ngan isteri di kejiranan saya.

Malah jiran yang sebelum ini sering bertegur sapa, enggan lagi datang bertandang di rumah untuk bersembang mahupun bertukar-tukar berita.

Saya hairan kerana saya seharusnya mendapat sokongan wanita lain dalam saat kritikal ini.

Ikutkan hati, mahu saja saya berhenti kerja serta berpindah ke kampung, tetapi majikan menasihati saya supaya tidak mempersiakan kerjaya saya yang stabil.

Saya serba salah memikirkan tiada siapa boleh saya gantung harap untuk berkongsi masalah. Saya tertekan berdepan situasi ini.


MASHITAH
Masjid Tanah, Melaka

Merenung masalah puan, ibaratnya sudah jatuh ditimpa tangga. Sudahlah gagal mempertahankan perkahwinan disebabkan suami berselingkuh dengan teman sekerjanya, kini status ‘ibu tunggal’ membuatkan puan dipulau rakan mahupun jiran.

Dalam situasi ini, puan kena bertegas dan pandai membawa diri. Meskipun tahap pendidikan serta sosial berubah, ada persepsi melihat status ‘janda’ sebagai senjata yang mengancam hubu­ngan suami isteri lain.

Sebenarnya hanya segelintir wanita memegang status berkenaan membuat salah laku lalu terpalit pada sesiapa saja yang menjadi ibu tunggal. Seperti kata pepatah ‘hanya disebabkan nila setitik, habis susu sebelanga’.

Ciri bertegas dan membawa diri penting supaya puan dilayan penuh hormat serta tiada siapa boleh mengambil kesempatan.

Selain itu, mungkin ujian yang datang boleh mendorong puan menjadi lebih baik iaitu mula mengasuh diri supaya mengenakan pakaian lebih sopan dan mengikut suruhan agama.

Jadi lihat sudut positif berbanding memandang semua ujian itu hanya bala semata-mata. Insya-Allah, puan lebih tenang serta mengorak langkah mula hidup baru dengan lebih baik.

Dang Setia @ Harian Metro
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page


0 comments: