Home » » Hukuman Pelik,Perempuan Diperkosa Dan Disimbah Air Longkang Kerana Dituduh Berzina

Hukuman Pelik,Perempuan Diperkosa Dan Disimbah Air Longkang Kerana Dituduh Berzina

Written By kall on Sunday 11 May 2014 | 14:30


Akak Dibalik Pintu

Hukuman Pelik,Perempuan Diperkosa Dan Disimbah Air Longkang Kerana Dituduh Berzina

                              

SEORANG wanita berstatus janda berbangsa Indonesia yang dirogol secara berkumpulan oleh lapan orang ‘ahli rukun tetangga’ sebagai satu hukuman kerana mengadakan hubungan sulit dengan lelaki yang telah berkahwin, kini akan lebih menderita apabila bakal dirotan di khalayak ramai.

Kesemua perogol tersebut menangkap pasangan itu ketika mereka menyerbu masuk ke rumah janda tersebut di utara daerah Banda Acheh dan telah menuduh janda itu ‘melakukan hubungan seks terlarang’ bersama lelaki tersebut yang berusia 40 tahun.


innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "42072"; innity_width = "300"; innity_height = "250"; innity_country = "MY";

Pasangan kepada wanita malang itu kemudiannya diikat dan dipukul, manakala dia dirogol secara bergilir-gilir. Kemudian kedua-dua mereka disimbah dengan sebaldi air longkang.

 Hanya setelah wanita yang ketakutan itu dibawa ke balai polis oleh penyerangnya dan dilaporkan melanggar undang-undang Shariah yang ketat berkenaan seks dengan pasangan berkahwin, barulah diketahui bahawa dia telah dirogol.

Tiga daripada rukun tetangga tersebut segera ditahan atas dakwaan mero g ol manakala lima lagi rakan mereka melarikan diri – tetapi itu tidak menghalang polis daripada mengenakan hukuman rotan kerana melanggar undang-undang agama

“Wanita dan lelaki tersebut akan dirotan kerana mereka telah melanggar undang-undang agama berkenaan hubungan seksual,” kata Ibrahim Latif, ketua pejabat Shariah di timur bandar Langsa kepada Jakarta Globe.

Dia memberitahu bahawa fakta berkenaan wanita tersebut yang telah dirogol tidak akan dipertimbangkan dalam memberikan hukuman untuk jenayah keagamaan yang telah didakwa dilakukan olehnya.

Ibrahim turut memaklumkan bahawa wanita tersebut dan pasangannya itu telah mengaku pernah beberapa kali mengadakan hubungan seks walaupun lelaki tersebut telah berkahwin dan mempunyai 5 orang anak.

Mengikut undang-undang keagamaan, wanita tersebut dan kekasihnya perlu menghadapi 9 kali pukulan rotan setiap seorang dan hukuman tersebut akan dijalankan di hadapan khalayak ramai.

Tiga perogol yang ditahan – termasuk seorang lelaki berusia 13 tahun – akan menerima bilangan pukulan yang sama jika disabitkan kesalahan di bawah undang-undang Shariah. Akan tetapi mereka didakwa di mahkamah jenayah. Pemburuan lima lagi perogol masih diteruskan.

                       

Ini bukan kali pertama di Acheh dimana wanita dituduh menjalinkan hubungan dengan ‘lelaki yang tidak berkenaan’ – lalu terus dirogol.

Di bandar yang sama, seorang pelajar universiti berusia 20 tahun telah dirogol oleh tiga orang pegawai polis Shariah pada Januari 2010 setelah ditangkap membonceng motosikal bersama teman lelakinya.

Ketua polis Shariah pekan itu kemudiannya dipecat dan dua dari tiga perogol tersebut dijatuhi hukuman penjara selama lapan tahun. Perogol yang ketiga, menurut Jakarta Globe, belum lagi ditangkap.


innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "43604"; innity_width = "468"; innity_height = "60"; innity_country = "MY";


0 comments: