Home » » #MH370: Objek mungkin sudah tenggelam - TPM Australia

#MH370: Objek mungkin sudah tenggelam - TPM Australia

Written By kall on Friday 21 March 2014 | 17:45


Pilihan Anda

#MH370: Objek mungkin sudah tenggelam - TPM Australia

SYDNEY: Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss, berkata objek yang dikesan satelit sehingga menjurus kepada pencarian antarabangsa untuk pesawat MH370 di kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi, mungkin sudah tenggelam.

Imej satelit itu dirakam pada 16 mac lalu.

"Sesuatu yang timbul di laut untuk tempoh yang lama mungkin tidak akan terapung lagi. Ia mungkin tenggelam ke dasar," katanya kepada pemberita di Perth.

Truss berkata, usaha mencari diteruskan di kawasan lautan itu yang terletak kira-kira 2,500 kilometer ke barat daya Perth.

Katanya, pesawat Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat akan menyertai pesawat China dan Jepun pada hujung minggu. - Reuters
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
nuffnang_bid = "b9cbffe4efda20c16d232564dfd49706"; document.write( "
" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();


0 comments: