Home » » Pemilihan PKR: Pertembungan 'laki-bini' itu demokrasi katanya

Pemilihan PKR: Pertembungan 'laki-bini' itu demokrasi katanya

Written By kall on Sunday 30 March 2014 | 09:27


Pilihan Anda

Pemilihan PKR: Pertembungan 'laki-bini' itu demokrasi katanya

Apabila melihat senarai pencalonan Pemilihan Parti Keadilan Rakyat yang diumumkan sebentar tadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menentang isterinya, Wan Azizah wan Ismail bagi jawatan Presiden.

Bagaimanakah mereka yang terdiri daripada anak-anak Malaysia yang terpelajar boleh redha dan menerima bahawa jawatan Presiden PKR ditandingan oleh pasangan suami-isteri paling liberal ini? Logik akal mana yang boleh merelevansikan pertarungan ini?

Bukankah lebih mudah jika Anwar sahaja yang bertanding dan menang percuma? Atau Azizah sahaja yang bertanding kerana selama ini pun Azizah menjadi Presiden, Anwar yang membuat keputusan.

Justeru pertandingan ini bukan sahaja memalukan bahkan meloyakan. Bayangkan jika ia terjadi dalam UMNO, Najib Razak menentang Rosmah Mansor. Mahu satu dunia kecoh dan heboh kononnya berantakan keluarga Perdana Menteri berebut jawatan Presiden parti.

Selain itu, anak Anwar dan Wan Azizah, Nurul Izzah turut bertanding jawatan Naib Presiden PKR. Maka jadilah parti ini seperti Parti Kaldaian Rakyat. Anwar menggunakan PKR untuk mengkaldaikan penyokongnya sahaja.

Hanya satu kesimpulan yang dapat saya buat ialah, penyokong dan pendokong PKR ini merupakan antara manusia paling bodoh sahsiah politik dan tiada maruah diri di kalangan mereka.

Jika maruah parti dan politik mereka gadaikan untuk Anwar Ibrahim, apakah tidak mustahil mereka juga akan menggadaikan agama, bangsa dan negara.

Manakala bagi jawatan timbalan presiden pula menyaksikan pertandingan enam penjuru. Penyandangnya, Azmin Ali turut mempertahankan jawatan tersebut.

Lima lagi calon jawatan timbalan presiden ialah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Tian Chua, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Datuk K Ramachandram, dan Murali Subramaniam.

Bagi jawatan naib presiden pula, 16 calon telah menyerahkan borang pencalonan mereka hari ini.

Tian Chua yang bertanding jawatan timbalan, turut mempertahankan jawatan naib presiden.

Lima belas lagi calon naib presiden ialah Baru bian, Datuk Mansur Othman, Fuziah Salleh, Suresh Kumar, N Surendran Nagarajan, Mustapha Kamil Ayub, Elizabeth Wong, dr Shanmugam Rangasamy, Dr Sretharam Sinnasamy, Mohd rafizi Ramli, Mohd Yahya Sahri, Lee Chin Cheh, Nurul Izzah Anwar, Dr Xavier Jayakumar, Sam Iskandar Md Akin, dan Tian Chua.disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
nuffnang_bid = "b9cbffe4efda20c16d232564dfd49706"; document.write( "
" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();


0 comments: