Home » » Surat Amaran Kepada Pegawai Awam Yang Berniaga Online

Surat Amaran Kepada Pegawai Awam Yang Berniaga Online

Written By kall on Sunday 30 March 2014 | 02:11


Info Menarik & Cerita Menarik

Surat Amaran Kepada Pegawai Awam Yang Berniaga Online


Penjawat awam merupakan golongan yang turut terkena tempias dengan kenaikan kos sara hidup. Justeru, ramai yang mengambil inisiatif menjalankan perniagaan sampingan secara atas talian seperti menjual produk kesihatan, kecantikan dan pakaian.

Walaubagaimanapun, sebagai seorang kakitangan awam yang bekerja dibawah kerajaan, tugas hakiki tidak boleh diabai dan perlu dijalankan dengan penuh tanggungjawab.

Mungkin disebabkan menyedari semakin ramai penjawat awam alpha dengan tugas masing-masing, satu surat khas bertarikh 6 March 2014 telah dihantar oleh JPA kepada Ketua Jabatan masing-masing untuk memantau pegawai/staff awam yang menjalankan perniagaan atas talian. Berikut adalah isi surat berkenaan:



PEMANTAUAN KE ATAS PEGAWAI AWAM YANG MENJALANKAN PERNIAGAAN DALAM TALIAN

2. Tanggungjawab pegawai awam dalam memelihara integriti perkhidmatan awam semasa menggunakan kemudahan media sosial di internet. Berdasarkan pemerhatian, jabatan ini mendapati terdapat pegawai awam menggunakan media sosial untuk menjalankan pernaigaan sama ada penjualan produk atau perkhidmatan termasuk pada waktu pejabat. Keadaan ini boleh menimbulkan pelbagai persepsi dan boleh menjejaskan imej pegawai awam dan Kerajaan.

3. Pada dasarnya, pegawai awam yang terlibat dengan perniagaan melalui media sosial atau dalam talian adalah disifatkan melakukan pekerjaan luar. Di bawah Peraturan 5, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, mana-mana pegawai awam yang bercadang untuk melakukan pekerjaan luarhendaklah dengan terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatannya.

Kepada penjawat awam yang mahu dan sedang menjalankan perniagaan atas talian, pastikan anda mengambil langkah mendapatkan kebenaran bertulis seperti arahan KPPA diatas!