Home » » Lagi Artikel Dailymail UK,Raja Permaisuri Agung Dihina

Lagi Artikel Dailymail UK,Raja Permaisuri Agung Dihina

Written By kall on Thursday 27 March 2014 | 20:06


Akak Dibalik Pintu

Lagi Artikel Dailymail UK,Raja Permaisuri Agung Dihina

SELEPAS CNN dikritik dan dikecam rakyat Malaysia yang menuduh kita gagal dalam menguruskan krisis berkaitan syarikat Malaysia Airlines (MAS) MH370, kini Daily Mail dari United Kingdom pula dilihat sengaja mencetuskan kontroversi dalam kalangan rakyat Malaysia.
Di laman webnya, satu laporan bertarikh semalam mendakwa Raja Permaisuri Agung Tuanku Hajah Haminah dilihat seperti tidak mempedulikan keadaan keluarga penumpang yang sedang bersedih tetapi bermain golf dengan wajah ceria.
Ia jelas satu dakwaan berniat jahat menjejaskan imej Malaysia kerana baginda bukannya bermain golf atas dasar peribadi sebaliknya menyertai satu acara pro-am semalam sebelum berlangsungnya Kejohanan Golf Piala EurAsia yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur.
Tuanku Hajah Haminah dirakamkan gambarnya tertawa dengan ceria dan disiarkan di laman web Daily Mail dengan tajuk yang begitu tebal bermaksud provokasi media yang melampau.
Gambar berkenaan cuma satu gambar sahaja yang dirakamkan baginda sedang tertawa ketika bersama-sama pemain golf antarabangsa yang turut sama menghadiri program itu.

Acara itu berlangsung di Kelab Golf Glenmarie.
Menurut laporan itu, gambar itu dirakamkan ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) dari pelbagai negara sedang berada di selatan Lautan Hindi bagi mencari pesawat MH370 yang telah diumumkan kerajaan Malaysia berakhir di situ.
Semalam, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin mengumumkan penerimaan petunjuk baru berupa imej satelit diterima Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) dari Airbus Defence And Space di Perancis.
Dakwaan Daily Mail ini jelas melampau kerana ia mencemuh sistem beraja berperlembagaan di Malaysia padahal Tuanku Hajah Haminah hanya menyertainya pastinya atas dasar jemputan rasmi.
Pihak kerajaan perlu melakukan sesuatu atas keceluparan dan kelancangan media antarabangsa yang semakin dilihat menjadi-jadi mengkritik kerajaan dan juga sistem beraja biarpun mereka dibenarkan berada di sini untuk membuat liputan mencari MH370 sahaja.
Jika pihak kedutaaan Malaysia perlu memanggil editor Daily Mail untuk menjelaskan perkara berkenaan, eloklah dilakukan sebagai peringatan kepada media antarbangsa untuk tidak sewenang-wenangnya menulis laporan berita mencemuh Malaysia di saat kita sedang bertarung kesedihan menanggung kehilangan orang tersayang. 

,mynewshub


0 comments: