Home » » Twitter Hishamudin Di Hujani Kata2 Semangat

Twitter Hishamudin Di Hujani Kata2 Semangat

Written By kall on Sunday 30 March 2014 | 19:00


Info Menarik & Cerita Menarik

Twitter Hishamudin Di Hujani Kata2 Semangat


MH370: Sidang media harian pada Ahad dibatalkan
KUALA LUMPUR: Sidang media harian mengenai perkembangan terkini kehilangan pesawat Malaysia Airline (MAS) MH370 pada pukul 5.30 petang hari ini dibatalkan.
Petugas media yang berkampung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, seawal 8 pagi dimaklumkan mengenai perkara itu oleh moderator sidang akhbar Jagjit Singh kira-kira 2 petang.
hs3Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam akaun Twitternya turut memaklumkan tiada sidang media diadakan hari ini jika tiada sebarang perkembangan baharu mengenai kehilangan MH370.
hs
“Tiada (sidang akhbar) jika tiada yang baharu atau besar walaupun saya ada temu bual dengan @jameschau of CCTV,” katanya dalam tweet beliau sebagai respons kepada soalan pengikutnya “@SVM5619′: Good morning H2O. Will there be a PC today?” (selamat pagi H20. ada sidang akhbar hari ini?)
Sementara itu, akaun Twitter Hishammuddin terus dihujani dengan kata-kata semangat dan dorongan atas usaha pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang kini memasuki hari ke-23.
Walaupun sibuk dengan mesyuarat harian mengenai SAR, namun Hishammuddin tetap meluangkan masa membalas semua mesej yang ditweet kepada beliau.
Berikut pula antara mesej dikongsikan di laman Twitter Hishammuddin melalui @HishammuddinH2O:hs1
hs2



0 comments: