Home » » Vince Tamatkan Zaman Bujang

Vince Tamatkan Zaman Bujang

Written By kall on Friday 28 March 2014 | 16:24


Info Menarik & Cerita Menarik

Vince Tamatkan Zaman Bujang


Tahniah diucapkan kepada penyanyi yang juga juara Akademi Fantasia musim pertama (AF1), Vince Chong yang telah selamat melangsungkan perkahwinan bersama wanita pilihannya, Fiona Edwards pada 8 Mac lalu. Difahamkan, majlis resepsi ini telah diadakan di sebuah kabin di Tanah Rimba, Janda Baik, Pahang dengan hanya dihadiri oleh ahli keluarga serta rakan-rakan terdekat mereka.

Fiona yang bekerja sebagai pramugari syarikat penerbangan Malaysian Airlines (MAS) berasal dari Keningau, Sabah. Menerusi foto yang dikongsi di akaun Instagram, pasangan ini juga telah menghabiskan cuti berbulan madu di Bali, Indonesia.
vince dan fiona nikahvince nikahvince dan fionavince fiona honeymoonvince honeymoon fiona bali
Masih belum terlambat rasanya untuk kita ucapkan selamat pengantin baru dan tahniah kepada pasangan ini. Semoga perkahwinan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat.