Home » » SEGERA: Enjin Sayap Kiri Pesawat Malindo Air Ke Kuala Terengganu Terbakar..

SEGERA: Enjin Sayap Kiri Pesawat Malindo Air Ke Kuala Terengganu Terbakar..

Written By kall on Wednesday 26 March 2014 | 21:18


Cerita Kedai Kopi

SEGERA: Enjin Sayap Kiri Pesawat Malindo Air Ke Kuala Terengganu Terbakar..



Pemain pasukan bola sepak Terengganu berhadapan detik cemas apabila pesawat Malindo Air yang mereka naiki untuk pulang ke negeri itu selepas menentang pasukan ATM di Selayang malam tadi mengalami kebakaran dalam satu insiden pagi ini.

Malindo Air dalam satu kenyataan media memberitahu, pesawat tersebut mengalami insiden kebakaran itu sewaktu berada pada ketinggian 7,000 kaki.

“Sistem pengesan kebakaran pesawat diaktifkan dan dengan segera krew penerbangan membuat senarai semak kecemasan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) untuk mengawal keadaan.

“Kapten penerbangan membuat keputusan berpatah balik ke Subang dan pesawat itu berjaya didaratkan dengan selamat di Subang. Tiada sebarang insiden kecederaan dilaporkan. Kesemua penumpang dipindahkan ke penerbangan lain ke terengganu,” menurut kenyataan itu.

Menurut Malindo Air, punca kejadian itu dalam siasatan dan insiden itu telah dilaporkan kepada pihak berkuasa berkaitan.

Media hari ini melaporkan pemain pasukan Terengganu berhadapan detik cemas apabila pesawat yang dinaiki mereka selepas menewaskan ATM 3-0 terpaksa berpatah balik akibat injin terbakar.

Pemain tengah Terengganu, Faiz Subri turut merakam gambar kebakaran enjin tersebut. – MYNEWSHUB.MY


0 comments: