Home » » MH370:Tenggelam di kawasan gunung berapi dasar laut & Jelajah gunung berapi dasar laut bersama Google Earth

MH370:Tenggelam di kawasan gunung berapi dasar laut & Jelajah gunung berapi dasar laut bersama Google Earth

Written By kall on Thursday 27 March 2014 | 17:39


Akak Dibalik Pintu

MH370:Tenggelam di kawasan gunung berapi dasar laut & Jelajah gunung berapi dasar laut bersama Google Earth




SYDNEY - Pakar geologi marin percaya bangkai pesawat Penerbangan Malaysia (MAS)   yang sangat besar di Lautan Hindi, lapor akhbar The Sydney Morning Herald semalam.
Seorang pakar geologi marin dari Universiti James Cook Australia, Dr. Robin Beaman berkata, beberapa objek dipercayai serpihan pesawat MH370 tersebut dikesan di satu kawasan gunung berapi dasar laut yang tidak pernah dipetakan sebelum ini.
Katanya, hanya sedikit diketahui mengenai dasar laut di selatan Lautan Hindi dan usaha untuk mencari bangkai pesawat jenis Boeing 777-200 itu memerlukan teknik pemetaan tiga dimensi dengan menggunakan peralatan yang canggih.
"Bagaimanapun, Australia tidak lagi mempunyai kemampuan untuk membuat carta dasar laut sedalam lebih 3,000 meter kerana satu-satunya kapal yang mampu melakukan kajian itu, RV Southern Surveyor telah ditamatkan perkhidmatannya pada Disember tahun lalu.
"Sebuah kapal baharu bagi menggantikan kapal berkenaan kini sedang dibina di Singapura," katanya.
Menurutnya, untuk membuat carta dasar laut dalam mereka memerlukan sejenis alat yang dikenali sebagai Pemancar Berbilang Gema Bunyi yang menghantar denyutan bunyi ke dasar laut sebelum bunyi itu dipantulkan semula untuk dianalisis.
Pesawat berkenaan yang terbang dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang pada 8 Mac lalu.
Ia membawa 239 orang manakala 153 orang merupakan warga China.
Misi mencari pesawat itu dilakukan di kawasan lebih 2,000 kilometer dari Perth.
Beaman berkata, objek pertama yang dikesan oleh satelit milik DigitalGlobe pada 16 Mac lalu terletak kira-kira 60 kilometer (km) dari barat daya zon aktif satu rantaian gunung berapi bawah laut yang dikenali sebagai Rabung Hindi Selatan.
Rabung Hindi Selatan yang mempunyai panjang lebih 1,700km bermula di barat daya Australia hingga ke New Zealand.
Satu lagi objek yang dipercayai serpihan MH370 di kesan oleh sebuah kapal terbang China di satu lokasi kira-kira 180km barat daya rabung tersebut.
Sebuah kapal terbang peninjau Australia pada Isnin lalu mengesan satu lagi objek kira-kira 200km timur laut rabung berkenaan.
"Berdasarkan penemuan tersebut kemungkinan pesawat ini terhempas di rusuk rabung itu dan di kawasan ini tiada carta dasar laut pernah dibuat," jelasnya.
Tambahnya, rabung itu mempunyai muka bumi yang kompleks dengan puncak setinggi berpuluh-puluh meter.
"Sangat sukar untuk mengesan bangkai pesawat di dasar lautan ini tanpa carta yang bagus dan pasukan mencari juga memerlukan kapal selam kawalan jauh.
"Tiada keraguan lagi kita perlu membuat peta dasar laut yang baharu di kawasan ini," jelasnya.

Welcome to a Deep Sea Vents Tour in Google Earth, where you can watch the deepest volcanic eruption ever captured on video at the West Mata volcano, near Fiji and learn about the exciting discovery of hydrothermal vents. Columbia University's Lamont-Doherty Earth Observatory highlights Ridge 2000 discoveries in this tour now visible with the new underwater terrain data published in Google Earth from Columbia's Global Multi-Resolution Topography Synthesis covering half of the ocean that has ever been mapped in detail.



Dua perjalanan virtual di dunia bawah laut, program penyelidikan   Ridge 2000 diterbitkan di Inggeris melalui YouTube. Perjalanan Virtual yang disebut Deep Sea Ridge 2000 Google Earth Tour akan menerokai gunung berapi di bawah laut seperti gunung West Mata di barat Fiji dan perjalanan lain yang disebut  New seafloor in Google Earth mengajak para pengguna melayari Pantai Barat di Amerika Utara dan gunung bawah laut di sepanjang bahagian tengah samudera atlantik.   Koleksi jalur KMZ boleh menjadi 500 ciri ekspedisi di Google Earth, yang kini sudah dimasukkan ke dalam koleksi.


0 comments: