Home » » Kenapa saya perlu malu untuk mengandung di usia kini?” – Che Ta

Kenapa saya perlu malu untuk mengandung di usia kini?” – Che Ta

Written By kall on Thursday 20 March 2014 | 18:42


Cerita Kedai Kopi

Kenapa saya perlu malu untuk mengandung di usia kini?” – Che Ta


ohmedia-zain-che-ta
Pasangan sejoli yang melangsungkan penikahan pada Disember tahun lepas Rozita Che Wan dan Zain Saidin begitu teruja mengumumkan berita gembira bahawa Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta kini sudahpun hamil.
BACA: Rozita Che Wan Kini Hamil?
Kehamilan selepas 16 tahun ini dianggap Che Ta sebagai satu anugerah Allah yang tidak ternilai buat pasangan ini. Walaupun mereka tetap menerima tanggapan negatif daripada segelintir pihak namun Che Ta dan Zain tidak terlalu memikirkan apa tanggapan orang lain.
“Kenapa saya perlu malu untuk mengandung di usia kini? Bukannya terlalu tua. Bukan juga saya mengandung secara yang salah. Saya tidak ambil kisah bagi mereka yang mahu bersikap negatif, itu memang melambangkan keperibadian mereka yang tidak boleh tengok kegembiraan orang lain,” katanya.
Ceritakan kembali detik manis ketika mengetahui saat dia berbadan dua, Che Ta mengakui bahawa Zain pada mulanya enggan membenarkan dia meneruskan ujian kehamilan namun selepas beberapa lama Zain sendiri ke farmasi untuk membeli alat ujian kehamilan itu.
“Memang Zain ikuti waktu subur saya, jadi dia tahu keadaan saya. Bila sudah lambat datang bulan, saya beritahu dia untuk membuat ujian sendiri. Namun dia terlalu berdebar sampai menolak untuk melakukan ujian tersebut. Dia mungkin tak mahu kecewa.
“Bagaimanapun akhirnya dia sendiri yang membelinya. Sampai kini, pengesan kehamilan itu disimpan Zain dengan rapi yang menggambarkan bagaimana seronoknya dia bila mengetahui saya mengandung.
“Saya belum membuat pemeriksaan di hospital. Kalau tidak silap usia kandungan mungkin dalam lima minggu. Paling lambat saya akan buat pemeriksaan adalah pada hujung bulan ini. Kalau ikut perkiraan, mungkin Disember ini saya sudah mengendong bayi saya dan Zain,” katanya lagi.
Menurut Che Ta, perasaan takut memang ada sementelahlah kembali mengandung selepas 16 tahun, namun mereka hanya mengharapkan yang terbaik dan dipermudahkan Allah.

OHMEDIA: TAHNIAH BUAT CHE TA DAN ZAIN. TAK SEMUA ORANG BERTUAH MACAM CHE TA.



0 comments: