Home » » Kartunis Zunar persenda PM, insiden MH370 dalam Washington Post

Kartunis Zunar persenda PM, insiden MH370 dalam Washington Post

Written By kall on Thursday, 20 March 2014 | 09:18


Pilihan Anda

Kartunis Zunar persenda PM, insiden MH370 dalam Washington Post

PETALING JAYA – Kartunis Zunar menimbulkan kemarahan ramai berhubung komiknya dalam Washington Post yang mempersendakan Perdana Menteri dan usaha multinasional dalam usaha mencari pesawat hilang Malaysia Airlines MH370.

Komik tersebut yang menggelarkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ‘terlalu lemah’ kerana usaha mencari pesawat yang hilang memasuki ‘minggu kedua’ mencetuskan kemarahan pelbagai pihak.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak menyifatkan komik Zunar sebagai tidak sensitif dan mengelirukan.

Beliau berkata dakwaan Zunar bahawa Malaysia menyembunyikan fakta-fakta adalah tidak munasabah.

“Adalah mustahil untuk menyembunyikan fakta-fakta apabila tentera multinasional sama-sama mengambil bahagian membantu dalam misi mencari dan menyelamat,” kata beliau sambil menambah tindakan itu sebaliknya akan mencerminkan ketelusan yang besar.

“Sains dan teknologi yang digunakan dalam misi mencari dan menyelamat, serta maklumat yang dikeluarkan berdasarkan fakta dan bukti kukuh, bukan berdasarkan spekulasi dan tuduhan liar semata-mata,” katanya.

Beliau berkata negara-negara maju juga telah terlibat dalam carian menggunakan kepakaran dan aset canggih negara masing-masing untuk membantu mengesan Boeing 777-200 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal yang hilang pada 8 Mac.

Prof Mustafa berkata demikian sebagai respon kepada komik Zunar yang dicatatkan pada bahagian Comic Riffs, Washington Post berserta artikel “Cartoon of the Day: Malaysian artist on the lost jet – and his government’s ‘weak’ response to it” yang disiarkan pada 18 Mac.

Zunar, atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque mendakwa kerajaan cuba menyalahkan juruterbang pesawat hilang untuk menutup kelemahan mereka selepas pendedahan bahawa ketua juruterbang itu adalah penyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Prof Mustafa berkata perkara itu tidak patut dipolitikkan kerana ia melibatkan kehidupan dan kesejahteraan manusia.

Presiden Kelab Warisan Malaysia Mohd Khairul Azam Abdul Aziz juga mengecam Zunar kerana menghina Najib.

“Perdana Menteri kita telah membuktikan keupayaan diplomatik kerana beliau telah berjaya mendapat bantuan dari begitu banyak negara untuk membantu dalam pencarian menggunakan bajet mereka sendiri.

“Itu menunjukkan bahawa Najib bukan pemimpin yang lemah,” katanya.

Mohd Khairul, yang juga seorang peguam berkata dakwaan Zunar bahawa Najib hanya memberi kenyataan pada hari ketujuh pesawat hilang adalah tidak benar kerana beliau telah pun memanggil satu sidang akhbar pada hari pertama kapal terbang hilang dilaporkan.

Beliau juga membidas Washington Post untuk memberi ruang kepada orang ramai untuk membuat kenyataan-kenyataan yang tidak berasas.

“Apabila empat penerbangan komersial telah dirampas pada masa yang sama di Amerika Syarikat sebelum serangan menara berkembar pada tahun 2001 , media di bahagian-bahagian lain di dunia tidak mempersendakan kerajaan Amerika Syarikat,” katanya. – mStar Online
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
nuffnang_bid = "b9cbffe4efda20c16d232564dfd49706"; document.write( "
" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();


0 comments: