Home » » Insiden maut 'overdose' di konsert, DAP salahkan polis

Insiden maut 'overdose' di konsert, DAP salahkan polis

Written By kall on Thursday 20 March 2014 | 10:39


Pilihan Anda

Insiden maut 'overdose' di konsert, DAP salahkan polis

KUALA LUMPUR – Jangan kaitkan kejadian enam pengunjung konsert ‘Future Music Festival Asia’ (FMFA) 2014 meninggal dunia akibat pengambilan dadah berlebihan baru-baru ini dengan kerajaan pakatan pembangkang di Selangor , kata Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Teo Nie Ching.

Beliau berkata, Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun tidak sepatutnya menuduh kejadian itu berlaku kerana pakatan pembangkang gagal menangani isu sosial di negeri itu dengan baik.

“FMFA 2014 bukan dianjurkan di Selangor tetapi di Kuala Lumpur dan Stadium Bukit Jalil dibawah pengurusan Perbadanan Stadium Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan.

“Bagaimana pula kejadian itu boleh dikaitkan dengan kerajaan Selangor,” soalnya melalui satu kenyataan media hari ini.

Nie Ching seterusnya mendakwa, cuma seorang daripada yang maut tersebut dari Selangor, dua mereka dari Perlis manakala dua lagi masing-masing dari Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.

Dakwanya, pihak polis yang sepatutnya dipertanggungjawabkan di atas kejadian itu kerana pasukan itu boleh dipersoalkan bagaimana dadah dengan mudah diperoleh di negara ini. Media sebelum ini melaporkan Mei Fun berpandangan insiden enam pengunjung FMFA 2014 maut akibat pengambil dadah secara berlebihan baru-baru ini akibat masalah sosial yang gagal dibendung dengan baik. – mynewshub.my
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
nuffnang_bid = "b9cbffe4efda20c16d232564dfd49706"; document.write( "
" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();