Home » » Pelajar Cemerlang Spm Hadiahkan Guru Beliau Yang Bukan Beragama Islam Al Quran

Pelajar Cemerlang Spm Hadiahkan Guru Beliau Yang Bukan Beragama Islam Al Quran

Written By kall on Friday 21 March 2014 | 22:24


Info Menarik & Cerita Menarik

Pelajar Cemerlang Spm Hadiahkan Guru Beliau Yang Bukan Beragama Islam Al Quran


Seorang pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) yang mencatat keputusan cemerlang 11A+ dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan semalam tidak lupa jasa gurunya yang menyumbang kepada perkara tersebut.

Nurul Musfirah Mei menghadiahkan guru Bahasa Inggerisnya, Mohana Kala Murugaiyan sebuah terjemahan al-Quran

Bersama nota, Nurul Musfirah Mei menghadiahkan guru Bahasa Inggerisnya, Mohana Kala Murugaiyan sebuah terjemahan al-Quran yang disifatkannya sebagai hadiah paling bernilai di dunia.

Dalam catatannya Musfirah antara lain memberitahu Teacher Mohana, dia berharap hadiahnya itu tidak menganggu perasaan kerana dia cuma mahu berkongsi keindahan Islam.

Sebenarnya mana-mana umat Islam yang berasa sangat sayangkan seseorang namun individu tersebut bukan beragama Islam tentu faham apa yang bergolak dalam hati pelajar ini.

Sedangkan Nabi Muhammad SWT sendiri, mengimpikan bapa saudaranya yang baik hati dan amat disayangi iaitu Abu Talib memeluk agama Islam.

Apa pun, hidayah adalah milik Allah SAW.

Tahniah diucapkan tahniah kepada Nurul Musfirah atas kejayaan yang telah dicapai, begitu juga kepada Teacher Mohana yang pasti seorang guru hebat.

Untuk pengetahuan, status ini dikongsikan sendiri Teacher Mohana di laman Facebook miliknya diiringi doa semoga anak muridnya itu sentiasa diberkati.

Status dan komen di laman Facebook Cikgu Mohana
Rata-rata memberikan komen positif atas sikap Teacher Mohana dan dari sini dapat dilihat kualiti insan yang dilahirkan oleh KISAS - MNH

Wa Allahu'alam.. 


0 comments: