Home » » #MH370: 'Saya sengaja lakukan dan saya berjaya' - Chef Wan

#MH370: 'Saya sengaja lakukan dan saya berjaya' - Chef Wan

Written By kall on Friday 21 March 2014 | 19:24


Pilihan Anda

#MH370: 'Saya sengaja lakukan dan saya berjaya' - Chef Wan

KUALA LUMPUR: Chef selebriti Datuk Chef Wan akur dengan sebarang tindakan terhadap beliau yang ‘mempersenda’ insiden kehilangan pesawat MH370 menerusi akaun Instagrammya di @chefwan58.

Katanya, ianya hanyalah satu gurauan untuk melihat reaksi orang ramai terhadap gambar yang dimuatnaik beliau yang kemudiannya dipadam.

Beliau yang berada di sebuah pantai pagi tadi memberitahu pihak krew untuk berjenaka dan lihat reaksi orang Malaysia yang suka "melatah dan mengutuk orang."

“Saya percaya bahawa ada yang pernah bergurau tentang isu ini dalam beberapa hari lepas namun saya sengaja meletakkan gambar itu di Instagram untuk melihat reaksi orang ramai.

“Tidak sampai 10 minit, saya dihubungi oleh Ayie Murai.com… Benar bahawa orang Malaysia suka mencari sebab untuk memburukkan orang lain walaupun ia bertujuan untuk membuat orang ketawa dan ia merupakan satu jenaka,” kata beliau menerusi Instagram.

Beliau juga akur dengan sebarang tindakan terhadap beliau.

“Saya terima segala akibat susulan tindakan saya. Saya sengaja melakukannya dan saya berjaya.”

Dalam entri itu, Chef Wan bergambar bersama sekeping objek yang dikatakannya sebahagian daripada pintu pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Dalam nada berjenaka, Chef Wan menyatakan objek tersebut merupakan sebahagian daripada pintu tandas di sebuah rumah di pantai Morib.

Sementara itu, menurut undian yang dilakukan di AstroAwani.com, 80.68 peratus mahu Chef Wan meminta maaf kepada rakyat Malaysia dan Malaysia Airlines manakala 7.41 peratus bersikap neutral terhadap insiden berkenaan.
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
nuffnang_bid = "b9cbffe4efda20c16d232564dfd49706"; document.write( "
" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();


0 comments: