Home » » Mayat Ditemui Disimen Dalam Tong Di Cheras

Mayat Ditemui Disimen Dalam Tong Di Cheras

Written By kall on Friday 21 March 2014 | 14:42


Cerita Kedai Kopi

Mayat Ditemui Disimen Dalam Tong Di Cheras


Mayat Ditemui Disimen Dalam Tong Di Cheras | Mayat ini dipercayai seorang ahli perniagaan yang di samun lalu di tembak oleh individu yang tidak di kenali di Cheras baru-baru ini. Baca selanjutnya


Mayat Ditemui Disimen Dalam Tong Di Cheras

Baru-baru ini, Penahanan enam suspek berhubung kes samun dan bunuh di Cheras baru-baru ini membawa kepada penemuan mayat seorang ahli perniagaan yang dibunuh dalam keadaan ngeri dan mayatnya disimen dalam tong, petang tadi.

Difahamkan, penemuan itu berikutan hasil soal siasat yang dijalankan sebelum dua daripada enam suspek terbabit mengaku membunuh ahli perniagaan itu. 

Sumber polis berkata, dua suspek terbabit kemudian dibawa polis ke Bukit Pelandok, Lukut, iaitu lokasi mayat itu ditanam, kira-kira 6 petang. 

"Pemeriksaan forensik menemui tong berisi simen yang dicampak di tepi jalan ke Bukit Pelandok itu.

"Difahamkan, mangsa dilaporkan hilang di Batu 9, Cheras tiga bulan lalu," katanya.

Mangsa dipercayai ditembak sebelum mayatnya dimasukkan ke dalam tong dan disimen kemudian ditanam di lokasi kejadian.

Difahamkan, mangsa, Chia Kin Fa, 46, dipercayai disamun sebelum ditembak dan mayatnya dimasukkan ke dalam tong serta disimen. 

Suspek kemudian mencampak tong berisi mayat mangsa itu di Jalan Bukit Pelanduk, Lukut, dekat sini. Dan kini suspek sedang dalam siasatan pihak polis

Nota : Dah macam Mexico dah pula main bunuh simen. Harap pihak berkuasa mengenakan hukuman yang berat kepada suspek jika didapati bersalah. Sekarang ni banyak kes samun ye. korang admin nak ingatkan just berhati-hati



0 comments: