Home » » Komen Tauke Jambu Tentang Isu Peluk Wanita Seksi

Komen Tauke Jambu Tentang Isu Peluk Wanita Seksi

Written By kall on Friday, 21 March 2014 | 01:27


Cerita Kedai Kopi

Komen Tauke Jambu Tentang Isu Peluk Wanita Seksi


Komen Tauke Jambu Tentang Isu Peluk Wanita Seksi | Selepas dikecam oleh ramai orang di media sosial tentang isu hangat ini. Kini Tauke Jambu telah memberi reaksi atau komen tentang isu ini. Nak tahu apa yang dia komen ? Baca selanjutnya

Komen Tauke Jambu Tentang Isu Peluk Wanita Seksi

Admin terpaksa blur atau kaburkan gambar yang tidak sepatutnya itu. Baca apa yang diperkata oleh tauke Jambu ini selanjutnya. "Sebenarnya gambar itu gambar lama. Dah pernah keluar pun sebelum ini dalam internet, cuma kali ini lebih kecoh apabila masuk dalam banyak blog hiburan. 

Saya akui memang saya ada di kelab tersebut bersama kawan-kawan selepas selesai sesi penggambaran. Tetapi, saya tidak kenal pun siapa wanita itu dan dia yang minta saya peluk.

Saya cuma menjaga hati peminat apabila meminta untuk bergambar bersama saya. Jadi, saya rasa saya perlu lebih berhati-hatilah selepas ini supaya perkara ini tidak terjadi lagi."


Dalam pada itu, Tauke mengakui sering ke kelab malam pada masa dulu namun menafikan tabiat tersebut sebagai punca perpisahan dengan bekas isteri. Katanya, jodoh itu ketentuan Allah dan tiada siapa tahu berapa lama ia bertahan.

"Dulu memang saya kerap ke kelab malam, tapi sekarang saya dah tak pergi langsung. Malah, agak tidak wajar jika ada pihak yang mahu mengaitkan perkara ini kes perceraian saya kerana isteri saya dulu memang akan sentiasa bersama saya 24 jam, saya pergi mana-mana pun akan ada dia.

Tapi nak buat macamana, jodoh itu ketentuan Allah SWT. Takpelah, bagi saya benda yang dah lepas tu, biarlah lepas. Namun, saya juga tak nafikan yang kita tak boleh tutup mulut orang. Bukan semua orang suka pada kita kan?"


Berikut komen Tauke Jambu tentang isu panas ini.

Nota : Admin juga nasihatkan tauke jambu tak perlu lah berpelukan sampai macam ini walaupun dia hanya peminat atau apa. Dosa tetap dosa dan tak boleh kita nak halalkan. Apa pun ini semua kisah lama. harap kisah ini buat pengajaran buatnya dan juga admin.



0 comments: